Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Aktres Dilraba Dilmurat ‘Insecure’ Dengan Rupanya Walaupun Digelar Paling Cantik

$
0
0

Selain Fan BingBing, Angelababy, Dilraba Dilmurat juga antara salah satu pelakon wanita paling cantik di China.

Pada yang tidak mengenalinya, aktres ini boleh dikatakan bintang paling top di China buat masa ini, namanya banyak dikenali hingga ke Korea dan negara Eropah!

Kecantikan Dilraba yang asli, dan bukan disebabkan pembedahan kosmetik menyebabkan ramai terpesona dengan rupa paras yang sempurna itu.

Walaupun dipuji, nampaknya Dilraba masih ada rasa insecure dengan rupa paras. Bercakap pada majalah Cosmopolitan, Dilraba jelaskan kenapa dia merasai perkara itu.

Tidak Yakin Dengan Penampilan Diri

Pelakon keturunan Uyghur baru-baru ini memberitahu Cosmopolitan bahawa dia tidak selalu merasa yakin dengan penampilannya.

Foto – Arkib Wanista

Menurut wanita 28 tahun itu, dia sedang mempertimbangkan untuk membintangi drama period yang akan datang, ‘The Long  Ballad’, tetapi setelah membaca beberapa komen dalam talian yang mengatakan penampilannya terlalu moden dan tidak sesuai untuk drama period, dia merasa putus asa.

Sebelum ini, Dilraba membintangi drama period termasuk The King’s Woman (2017) dan Fire Of Eternal Love (2018).

Iri Hati Dengan Kecantikan Wanita Lain

Sebelum ini, Dilraba turut berkata perkara yang sama, di mana dia sering merasa tidak selesa dengan penampilannya.

Foto – Arkib Wanista

Sebagai seorang wanita muda, dia iri hati dengan kecantikan wanita-wanita lain dan berharap “jika bibir saya sedikit lebih tebal, atau jika saya mempunyai lesung pipit ketika saya tersenyum atau jika mempunyai kelopak mata atau mempunyai hidung yang sedikit tinggi seperti orang Eropah.”

Tolak Tepi Komen Sumbang Netizen

Aktres itu memutuskan untuk mengetepikan kritikan netizen dan tetap sertai produksi drama tersebut.

“Mengapa anda mesti mengambil berat tentang komen dalam talian? Komen tentang penampilan seseorang adalah tindakan yang sangat kasar.

“Persepsi setiap orang tentang kecantikan berbeza-beza. Anda tidak boleh memuaskan hati semua orang. Anda harus membiarkan mereka melihat anda dapat melakonkan pelbagai watak berbeza.”

Foto – Weibo

Dah cantik pun masih ada rasa insecure ye..

RUJUKAN

The post Aktres Dilraba Dilmurat ‘Insecure’ Dengan Rupanya Walaupun Digelar Paling Cantik appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583