Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Ariana Grande Dah Bertunang, Lawa Cincin!

$
0
0

Hari ini pelatun lagu ’34+35′ ini berkongsi gambar yang mengejutkan di akaun Instagramnya, cincin bertahtahkan berlian dan juga mutiara kelihatan cantik disarung pada jari manis Ariana.

Dalam gambar di Instagramnya itu, Ariana kelihatan gembira menayangkan cincin tunangnya itu dan tidak lama selepas gambar tersebut dimuatnaik beribu-ribu orang peminat termasuk rakan artis mengucapkan tahniah kepada wanita jelita ini.

Cincin Bernilai RM1.2 Juta Untuk Ariana

Foto – Arkib Wanista

Berdasarkan petikan di Mirror, cincin yang disarung Arian bernilai €261,000 atau RM1.28 juta duit Malaysia, sememangnya cincin tunang yang cukup mewah.

Cincin bertahtahkan batu berlian bersama mutiara putih ini sememangnya antara cincin tunang termahal, dan juga menunjukan betapa berharganya Ariana dihati tunangnya Dalton Gomez.

Pakar Cincin Kata, Cincin Tunang Ariana Flawless

Foto – Instagram Ariana Grande

CEO syarikat cincin berlian Michelle Demaree berkata, cincin yang disarung Ariana sangat flawless dengan 5 karat berlian berbentuk oval tanpa sebarang warna.

Tambahan lagi cincin dengan ukuran ratio 1:45 ini mempunyai clarity atau nilai kejelasan yang tinggi dan tulen, membuatkan cincin penyanyi popular ini sangat dicemburi ramai wanita.

Mutiara Laut Selatan

Foto – Instagram Ariana Grande

Menurut Michelle lagi, mutiara yang terdapat pada cincin tunang Ariana ini antara mutiara yang unik kerana ia adalah mutiara laut selatan yang jarang digandingkan bersama cincin berlian.

Michelle mengandaikan bahawa mutiara tersebut mempunyai maksud atau makna disebaliknya, dan ada yang berpendapat bahawa mutiara tersebut sebenarnya daripada pin tali leher datuknya yang kemudian nenek Ariana beri kepada Ariana pada tahun 2014.

Foto – Instagram Ariana Grande

Jika mutiara tersebut milik datuk Ariana sendiri, ianya cukup jelas bahawa cincin tersebut cukup berharga dan sangat bermakna buat Ariana.

Apapun kisah di sebalik mutiara tersebut, ianya hanyalah spekulasi semata-mata dan Ariana sendiri tidak menjelaskan mengenai mutiara tersebut kepada umum.

Tak sabar pula menanti majlis perkahwinan Ariana bersama Delton nanti mesti lagi gempak dan meriah!

Rujukan: 1, 2

The post Ariana Grande Dah Bertunang, Lawa Cincin! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584