Pada 28 Disember 2020 baru-baru ini, di saluran YouTube TC Candler telah memuatnaik video 100 Wajah Paling Cantik Di Dunia dan dalam masa sehari jumlah tontonan telah mencapai 1.4 juta.
Tetapi ini bukan soal jumlah tontonan yang ingin diperkatakan, tetapi mengenai peminat Kpop yang nampaknya cukup berang dan marah terhadap TC Candler kerana video yang dimuatnaik tidak seperti apa yang dibayangkan.
Bersikap Xenophobic?
Peminat Kpop menyatakan bahawa TC Candler bersikap xenophobic terhadap selebriti Korea yang tersenarai dalam video 100 Wajah Paling Cantik Di Dunia, menerusi sepotong ayat kapsyen yang terdapat dalam video tersebut.
Ayat Kapsyen Untuk Jisoo Tidak Kena Tempat
- Foto – YouTube
Peminat Blackpink cukup sensitif melihat kapsyen pendek yang tertera semasa giliran Jisoo ditayangkan, kapsyen pendek dengan ayat “Her English Is A Pity” mencetuskan amarah Blink dari seluruh dunia.
Penggunaan ayat kapsyen yang dianggap sebagai gurauan oleh TC Candler dilihat tidak kena pada tempatnya, dan rata-rata peminat Blackpink memberi kritikan serta rasa tidak puas hati mereka terhadap kasyen tersebut.
Peminat Mahu TC Candler Minta Maaf Pada Jisoo
Melihat kapsyen tersebut membuatkan ramai peminat Blackpink dari serata dunia memberi komen di YouTube dan Instagram TC Candler.
Rata-rata ramai blink dari serata dunia meminta penjelasan dari TC Candler terhadap pemilihan kapsyen tersebut dan mahu video tersebut di edit semula serta membuat permohonan maaf kepada Jisoo.
- Foto – Instagram TC Candler
- Foto – YouTube TC Candler
TC Candler Anggap Ianya Sebagai Gurauan
Melihat pelbagai kritikan dan cemuhan yang diterima, TC Candler memberi penjelasan dengan menyatakan bahawa ianya hanyalah gurauan dan mereka juga menyayangi Jisoo.
- Foto – Twitter TC Candler
Suzy Dan Irene Tidak Tersenarai Tahun Ini
- Foto – Arkib Wanista
Belum lagi reda mengenai isu Blackpink Jisoo, muncul pula isu nama aktres jelita Bae Suzy dan idol Red Velvet Irene tidak tersenarai dalam 100 Wajah Paling Cantik Di Dunia.
Peminat bertanya mengapa aktres jelita Bae Suzy dan Irene tidak tersenarai dalam video tersebut, sedangkan rupa paras kedua-dua individu terkenal dunia ini sangat jelita dan ramai peminat telah mengundi mereka.
TC Candler Respond Mengenai Kehilangan Suzy Dan Irene Dalam Senarai
Dalam banyak-banyak komen yang bertanya kepada TC Candler di akaun YouTube mereka, TC Candler menyatakan mengapa aktres jelita Bae Suzy dan idol Red Velvet Irene tidak tersenarai pada tahun ini.
- Foto – Koreaboo
Berdasarkan kenyataan yang TC Candler nyatakan pada komen di YouTube, aktres Bae Suzy telah banyak kali tersenarai dalam undian Wajah Tercantik Dunia.
Dan manakala bagi idol Red Velvet pula, disebabkan hal kontroversi yang terpalit pada dua bulan lalu TC Candler membuat keputusan untuk memberi Irene ruang dan masa untuk bersedirian.
Banyak betul angin kontroversi tercetus disekeliling TC Candler tahun ini, apa-apa pun diharap semua orang dapat bertenang dan tidak terlalu mengikut emosi.
The post Ini Sebabnya Kenapa TC Candler Kena Kritik Teruk Dengan Peminat Kpop appeared first on Wanista.com.