Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Taeyeon Kongsi Senarai Lelaki Kacak Di Matanya, Siapakah Mereka?

$
0
0

Tertanya-tanya tentang siapakah lelaki-lelaki yang handsome di mata Taeyeon?

Menerusi sebuah video ‘100-Questions Interview‘ di Youtube rasmi milik Girls’ Generation, di mana salah seorang peminat telah bertanyakan mengenai siapakah lelaki yang kacak di mata Taeyeon.

Taeyeon yang dilihat berfikir-fikir tentang siapakah lelaki tersebut kemudiannya menyebut tiga nama lelaki iaitu Kang Dong Won, Choi Minho dan Lucas (NCT).

Kang Dong Won 

Foto – Pinterest

“Dia sangat handsome!

Kang Dong Won terkenal sebagai salah seorang pelakon yang memegang watak dalam Peninsula iaitu sequel kepada filem Train To Busan.

Taeyeon dikatakan meminati pelakon tersebut selama bertahun-tahun dan berpeluang menjumpainya pada tahun 2014. Dan tidak disangka, Kang Dong Won juga meminati Girls’ Generation.

Choi Minho 

Bekerja di bawah satu syarikat dan menjadi rakan baiknya sejak dahulu lagi, Choi Minho turut berada dalam senarai lelaki kacak Taeyeon.

Foto – Pinterest / Twitter

Dalam video tersebut, Taeyeon juga memberitahu bahawa Minho orang pertama yang menghubungi selepas single terbarunya keluar iaitu “What Do I Call You“.

“Minho menghubungi saya memberitahu single terbaru itu sangat bagus sehingga membuatkan dia ingin menari.”

Lucas (NCT)

Untuk lelaki terakhir yang dikatakan kacak, Taeyeon memberitahu Lucas (NCT) turut berada dalam senarainya.

Foto – Pinterest / Channel K

Tiada siapa tahu kerapatan mereka tetapi NCT pernah berkolaborasi dengan Taeyeon untuk salah satu lagu daripada albumnya pada tahun 2018, Something New iaitu lagu “All Night Long“.

Tidak hairanlah jika Taeyeon merasakan Lucas sangat handsome kerana pakar bedah plastik juga mengatakan visual Lucas sangat sempurna dan kacak!

Selari dengan ‘100-Questions Interview‘, jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu terbaru Taeyeon iaitu “What Do I Call You“.

RUJUKAN: 1, 2

The post Taeyeon Kongsi Senarai Lelaki Kacak Di Matanya, Siapakah Mereka? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584