Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Kerja Keras Terbayar Jua, Park Bom Berjaya Hilang 11Kg Sebelum Comeback

$
0
0

Jika sebelum ini penampilan Park Bom bekas ahli kumpulan lagenda 2NE1 kelihatan berisi, tetapi kini wanita bersuara lunak ini tampil menunjukan penampilan dirinya yang baru.

Melihat transformasi Park Bom yang begitu ketara membuatkan ramai peminatnya berasa terkejut dan tertanya-tanya apa rutin yang dilakukan oleh penyanyi hebat ini hingga mencapai bentuk badan idaman sebegitu.

Demi Comeback, Park Bom Kerja Keras!

Foto – Instagram Park Bom

Rasanya khabar angin menyatakan Park Bom akan buat comeback kini telah tersebar luas, cuma tidak mengetahui bilakah tarikh tersebut.

Dan demi comeback ini juga Park Bom bekerja keras menurunkan berat badannya, dan usaha keras tersebut membuahkan hasil dengan memiliki bentuk badan idaman serta berat yang ideal.

Berjaya Turun 11 Kilogram

Dipetik dari Allkpop, Park Bom mengamalkan diet Juvis di mana diet ini merupakan kejayaan banyak selebriti seperti Shindong, Huk Gak, dan Sam Hammington menurunkan berat badan dengan berkesan.

Park Bom mengakui sebelum ini berat badannya sekitar 70 kilogram tetapi setelah mengamalkan diet Juvis, dirinya berjaya turun berat sebanyak 11 kilogram dan kini beratnya hanya 59 kilogram sahaja.

Akui Sukar Mengikuti Plan Diet

Foto – Koreaboo

Park Bom yang mengikuti diet Juvis mengakui sukar untuk mengikuti plan pengurusan diet tersebut, kerana selera makannya yang tinggi.

Dan pihak pengurusan diet Juvis juga menyatakan bahawa Park Bom antara artis yang paling sukar untuk dikendalikan.

Meskipun begitu, Park Bom tetap berjaya menurunkan berat badan sehingga 11 kilogram dan berjaya memiliki berat dan bentuk badan yang ideal.

Makin Cantik Dan Sihat

Foto – Instagram

Sepanjang mengamalkan diet tersebut Park Bom juga harus mengambil ubat-ubatan bagi menangani masalah ADD atau juga dikenali sebagai Attention Deficit Disorder yang dihadapinya.

Walaupun dirinya perlu menangani ADD yang dihadapi, wanita jelita ini berjaya mengikuti plan diet Juvis ini. Bak kata peribahasa melayu, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, dan Park Bom kini berjaya turun berat badan dan kelihatan makin cantik dan sihat.

Foto – Instagram

Melihat penampilan serba baru Park Bom, membuatkan ramai peminat setianya dari zaman 2NE1 tidak sabar menanti kemunculan lagu baru darinya.

Sama-sama kita nantikannya tahun ini.

Rujukan: 1, 2,

The post Kerja Keras Terbayar Jua, Park Bom Berjaya Hilang 11Kg Sebelum Comeback appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584