Apa dah jadi dengan wajah The Weeknd? Kenapa berubah habis?
Nampaknya pelantun lagu ‘Blinding Light’ ini betul-betul meraikan tahun baru 2021. Yang baru dari The Weeknd adalah wajahnya yang sudah berubah hasil daripada pembedahan plastik.
Penyanyi berusia 30 tahun itu melakukan perubahan ketara pada wajahnya, seakan melakukan pembedahan plastik yang melampau.
Nanti dulu, The Weeknd tak ubah wajah tapi gimik untuk muzik video saja.
Debut Muka Baru Dalam MV ‘Save Your Tears’
The Weeknd melakukan gimik drastik untuk muzik video lagu barunya ‘Save Your Tears, yang ditayangkan semalam di Youtube.
- Foto – NY Post
MV yang menampilkan dia menyanyi di atas pentas dengan wajah serba baru – pipi yang kembung, bibir bengkak, bekas luka pembedahan dan ciri-ciri baru yang mengerikan. Wajah The Weeknd seperti disengat lebah kerana bengkak teruk.
Wajah Hasil Kesan Solekan Khas
Sebenarnya ini bukanlah perkara baru, untuk album ‘After Hour’ saja The Weeknd tampil dengan transformasi muka penuh luka dan dibalut. Jadi, ini mungkin kesinambungan dari muka yang luka, dibalut dan kini new year, new me.
Wakil The Weeknd tidak memberi sebarang komen, sama ada penampilan barunya dicapai melalui prostetik atau CGI. Walau bagaimapun, dia sebelum ini pernah bekerjasama dengan Prosthetic Renaissance, sebuah studio kesan solekan.
Tonton MV ‘Save Your Tears’
Apa pendapat anda semua tentang gimik The Weeknd? Respect dengan artis yang berkerja keras melahirkan karya bermutu tinggi.
The post Buat Surgery? Terkejut Tengok Muka ‘Baru’ The Weeknd appeared first on Wanista.com.