Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Tak Tahu Pula Wanita-Wanita Ini Pernah Jadi Kekasih Harry Styles

$
0
0

Dikatakan mempunyai teman wanita baru, Harry Styles dilihat berpegangan tangan dengan Olivia Wilde iaitu seorang pelakon di sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini.

Susah untuk melihat dirinya bersama dengan wanita untuk dijadikan peneman selepas dia bekerja keras untuk fokus sepenuhnya pada kerja berbanding dengan hal peribadi.

Harry mungkin menjadi ‘kekasih’ kepada semua wanita di seluruh dunia, tetapi hanya beberapa orang wanita sahaja yang berjaya menambat hati jejaka itu.

Melihat kepada situasi itu, ramai yang mula ‘mengorek’ siapakah wanita yang pernah menjadi kekasih kepada penyanyi terkenal itu?

Felicity Skinner (2009)

Harry yang berusia 15 tahun pada ketika ini telah menjalinkan hubungan dengan Felicity Skinner iaitu seorang gadis biasa sahaja.

Foto – Pinterest

Menurut Felicity, Harry adalah seorang lelaki yang sangat romantik dan pemalu. Hubungan mereka hanya bertahan selama setahun sahaja dan menggelarnya sebagai puppy love semata-mata.

Caroline Flack (2011)

Bertemu di set pengambaraan The X Factor, Harry (17 tahun) dan Caroline (31 tahun) mula menjalinkan hubungan setelah mereka berasa serasi.

Foto – Hollywood Life / Devian Art

“Saya tahu Harry meminati saya dan perlakuannya sangat ketara. Dia mengatakan hal itu kepada majalah dan juga rakan-rakannya.

Tetapi semuanya jadi kucar-kacir apabila ada orang ternampak Harry keluar dari rumah saya pada satu pagi”, ujar Caroline.

Melihatkan kepada keadaan itu, ramai yang menggelarnya sebagai pedofilia dan menyebabkan pasangan itu menamatkan hubungan tersebut.

Emma Ostilly (2011)

Tidak lama daripada hubungannya dengan Caroline, Harry dilihat telah ‘dating‘ seorang model dalam video musiknya iaitu “Gotta Be You“.

Foto – Model Elite Management / The Sun

Hubungan Harry dan Emma tidak bertahan lama dan tiada siapa  tahu penyebab kepada pengakhiran hubungan tersebut.

Emily Atack (2012)

Menggunakan terma ‘keep it low‘, Harry telah bercinta dengan seorang pelakon British iaitu Emily. Dalam pada masa yang sama, Emily cuba menindakkan ‘perhubungan’ mereka itu.

Foto – US Weekly / Metro

“Kami bukanlah pasangan seperti yang dikatakan oleh orang ramai. Saya dan Harry cuma mempunyai hubungan yang singkat untuk bersuka ria. Selepas itu, kami masing-masing membuat hal sendiri”, ujar Emily.

Taylor Swift (2012-2013)

Siapa sahaja yang tidak tahu akan kisah percintaan pasangan ini. Taylor dan Harry tidak pernah menyembunyikan hubungan mereka dan sentiasa dilihat seperti ‘belangkas’.

Foto – Pinterest

Hubungan pasangan ini bermula sejak mereka dilihat dating di Central Park Zoo di New York sehinggalah bercuti di Kepulauan British Virgin. Selepas tinggal bersama selama setahun, mereka telah mengakhiri hubungan ini.

Dikatakan mereka berdua telah menulis beberapa lagu mengenai masing-masing selepas hubungan itu berakhir.

Kendall Jenner (2013-2014 / 2015-2016)

Mula berubah arah kepada model Victoria Secret, Harry telah dilihat menjalinkan hubungan bersama dengan Kendall Jenner pada hujung tahun 2013.

Mereka dilihat makan malam bersama di Los Angeles dan hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka berpisah pada tahun 2014.

Foto – Pinterest

Dan siapa sangka, pasangan ini mula bercinta semula selepas Harry dilihat meluangkan masa bersama untuk menyambut tahun baru di sebuah kapal layar.

“Saya memang merasakan kedua-dua mereka sedang bercinta. Saya tidak tahu sama ada mereka seperti dalam hubungan yang normal kerana pasangan sekarang menggunakan terma yang lain.

Jadi saya tidak tahu mengenai gelaran mereka sesama sendiri”, ujar Khloe Kardashian.

Tetapi sekali lagi, hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Kendall dikatakan menjalinkan hubungan bersama LA Laker, Jordan Clarkson.

Nadine Leopold (2014-2015)

Harry dan Nadine tidak pernah mengesahkan tentang status hubungan mereka, tetapi ramai yang yakin pasangan ini sebenarnya sedang bercinta.

Foto – The Sun / US Weekly

Walaupun mereka telah bersama-sama bercuti ke New York dan melihat Harry memakai pakaian Nadine, hubungan pasangan ini tidak bertahan lama selepas itu.

“Nadine mahukan hubungan yang serius dengan Harry. Dia merasakan Harry tidak mempunyai usaha untuk bertemu dengan kerap dan tidak mengambil hubungan mereka dengan serius.” – Sumber

Georgia Fowler (2015)

Hanya berhubungan dalam jangka masa yang singkat, ramai peminat mengatakan lagu “Kiwi” yang dikeluarkan oleh Harry ditujukan kepada Georgia.

Foto – Pinterest / Celebskate

Georgia yang menolak dakwaan tersebut kemudiannya dilihat memuat naik sebuah video mengenai Harry yang bermain scrabble di Snapchat.

Sara Sampaio (2015)

Gosip mula tersebar apabila Sara dilihat bersama-sama dengan Harry ketika mereka meluangkan masa bersama-sama di New York pada Jun 2015.

Foto – Pinterest

Situasi ini lebih kuat mengatakan mereka sedang berhubungan apabila Sara dilihat meninggalkan bilik hotel Harry dengan pakaian yang sama selepas menghabiskan masa semalaman bersamanya. Tetapi tiada siapa yang tahu bilakah pasangan itu mengakhiri hubungan mereka.

Tess Ward (2017)

Foto – Today Show / Pinterest

Beberapa tahun kemudian, Harry dikatakan telah bercinta dengan seorang blogger makanan iaitu Tess Ward. Hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Tess dikatakan mahu menjalinkan hubungan semula dengan bekas kekasihnya.

Camille Rowe (2017-2018)

Menjalinkan hubungan selama setahun dengan model Victoria Secret, Camille dan Harry tidak menyembunyikan hubungan mereka malah sering dilihat bersama tanpa cubaan untuk bersembunyi.

Foto – Pinterest

Harry dikatakan membawa Camille berjumpa dengan keluarganya tetapi hubungan mereka juga tidak bertahan dengan lama apabila masing-masing ingin mengakhiri hubungan tersebut pada Julai 2018.

Mizuhara Kiko (2019)

Digosipkan dengan model Jepun iaitu Mizuhara Kiko, Harry menolak dakwaan tersebut. Dan dalam pada masa yang sama, Kiko dikatakan tidak pernah berjumpa dengan Harry.

Tetapi melalui Instagram Bobby Berk, Harry dan Kiko telah dirakam berjumpa dan meluangkan masa bersama-sama tidak lama selepas itu.

Olivia Wilde (2021)

Baru-baru ini, Harry dan Olivia telah mengatakan mereka menjalinkan hubungan selepas dilihat menghadiri sebuah perkahwinan pada bulan Januari 2021.

Foto – Page Six

Menurut People, pasangan tersebut telah berjumpa beberapa kali dan Harry juga ada menyebut nama Olivia ketika memberi ucapan semasa majlis perkahwinan tersebut.

Walau bagaimanapun, penulis harap Harry Style kekal bahagia dan sentiasa gembira bersama teman wanita barunya.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4, 5

The post Tak Tahu Pula Wanita-Wanita Ini Pernah Jadi Kekasih Harry Styles appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584