Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Siapa Paling Cantik Antara Blackpink? Lee Kwang Soo Pilih Rose

Cantik sangat subjektif.

Kalau ditanya siapa ahli Blackpink paling cantik, setiap orang ada jawapan yang berbeza mengikut kesukaan mereka.

Lee Kwang Soo yang ditanya soalan tersebut dalam salah satu episod Running Man juga ada ahli kegemaran paling diminatinya, dan padanya ahli ini paling cantik.

Blackpink Tanya Lee Kwang Soo Siapa Paling Cantik Antara Mereka

Satu permainan yang mereka main memerlukan setiap orang mamakai alat yang mengesan perubahan emosi menggunakan gelombang otak.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Youtube

Peranti akan bergerak jika individu itu berasa teruja atau gugup dan tidak akan bergerak jika mereka kekal tenang. Matlamat permainan adalah untuk kekal tenang sepanjang permainan.

Dalam permainan itu, semua orang saling bertanya, dan Lee Kwang Soo harus menjawab pelbagai soalan yang berkaitan dengan Blackpink.

Semasa permainan, Jennie bertanya kepada Lee Kwang Soo, ‘siapa dikalangan anggota Blackpink tercantik’.

Lee Kwang Soo Pilih Blackpink Rose

Ketika soalan ditanya, peranti Lee Kwang Soo mula bergerak, dan dia dilihat agak ragu-ragu untuk menjawab soalan itu pada mulanya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto – Youtube

Namun, dia segera menjawab dengan memilih Rose, vokalis manja yang miliki suara lunak.

“Semuanya cantik, tapi pada pendapat saya, Rose adalah yang paling cantik.”

Tonton Sedutan Episod Running Man

Sama ada Rose, Lisa, Jisoo, dan Jennie, setiap seorang ada persona yang tersendiri menjadikan mereka kumpulan idol wanita paling popular pada masa kini.

Kalau tanya penulis, penulis suka Jisoo. Nak tanya, blinks setuju tak Rose, ahli tercantik Blackpink?.

The post Siapa Paling Cantik Antara Blackpink? Lee Kwang Soo Pilih Rose appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Trending Articles