Park Bom, Super Junior Shindong, pelawak Sam Hammington dan ramai lagi artis Korea menggunakan perkhidmatan ‘JUVIS’ untuk transformasi kurus dalam masa yang singkat.
Jadi apa sebenarnya program JUVIS? Bagaimana mungkin artis ini dapat menurunkan banyak kilogram dalam jangka masa yang singkat? Mesti mereka melalui satu prosedur yang ketat serta penuh disiplin untuk tampil sempurna.
JUVIS Tawar Tiga Perkhidmatan Utama
- Foto – @asteroid6/NAVER Blog
JUVIS menggunakan sistem pay-more-to-lose-more (bayar-lebih-untuk-hilang-lebih). Rata-rata dengan minimum ₩200,000 KRW ($183 USD) per sesi, program ini menawarkan tiga perkhidmatan utama untuk pelanggan mereka.
Pertama
Untuk rawatan selulit, JUVIS menggunakan alat profesional yang dipasang pada pusat. Walaupun perincian berbeza-beza mengikut bentuk dan tujuan, pelanggan cenderung menggunakan dua jenis peranti secara berkala. Salah satunya adalah mesin pemanas.
- Foto – @asteroid6/NAVER Blog
Peranti ini membantu meningkatkan suhu badan, dikatakan dapat trick tubuh pelanggan untuk memulakan proses pembakaran lemak.
Yang seterusnya adalah alat mengurut limfa dan otot. Peranti ini mengirimkan sensasi tajam dan disasarkan melalui patch yang melekat pada badan pelanggan.
- Foto – @asteroid6/NAVER Blog
Dengan merangsang sistem limfa, alat ini membantu pelanggan menyingkirkan toksin dengan lebih baik. Dan dengan merangsang kumpulan otot, alat ini juga membantu meniru senaman tanpa bersenam.
Kedua
Kawalan diet yang sangat ketat menggunakan sistem ‘Six Bites’ yang unik. Semua pelanggan tidak boleh makan sewenangnya, kena lakukan diet yang ketat.
- Foto – @asteroid6/NAVER Blog
Pelanggan disarankan mengikuti diet gaya Korea 100%, makan enam gigitan ssam (veggie wrap) setiap hidangan. Ssam terdiri daripada sayur-sayuran hijau, beras perang dan sejenis lauk.
Ideanya adalah untuk menghadkan dan mencegah pengambilan karbohidrat, natrium, dan lemak yang berlebihan sambil membina kitaran makan yang sihat dan konsisten.
Ketiga
Akhirnya sesi psikologi, di mana setiap pelanggan akan disediakan dengan perunding yang memantau statistik dan kemajuan. Perunding ini akan memerhatikan kehadiran, log makanan, nombor dan juga mood pelanggan mereka.
- Foto – @asteroid6/NAVER Blog
Perunding akan mendorong pelanggan untuk mengekalkan tahap tekanan dan jadual tidur yang sihat, memberi pemahamam tentang faktor psikologi untuk membantu pelanggan menurunkan berat badan.
Sayangnya, sebilangan besar pelanggan mengatakan program JUVIS hanya menjadikan mereka sangat terdedah kepada yo-yo (menambah berat badan). Menurut mereka yang mencuba dan gagal JUVIS, menjadi “hampir mustahil untuk mencipta konsistensi yang sama” setelah mereka keluar dari program ini.
- Foto – @asteroid6/NAVER Blog
- Foto – Soompi
Apa kata anda tentang JUVIS? Nak kurus tapi tiada sebarang senaman dilakukan. Hanya berbekalkan mesin semata. Entahlah…
The post Tak Perlu Bersenam, Artis Korea Kurus Dengan Hanya Guna Khidmat ‘Juvis’ appeared first on Wanista.com.