Jika anda mengikuti perjalanan hidup keluarga Beckham, pasti tahu yang anak pasangan David dan Victoria sudah besar panjang.
Brooklyn, 21, Romeo, 18, Cruz, 15, dan Harper, 9, semuanya dah meningkat besar, makin segak dan cantik orangnya.
Romeo Beckham khususnya dilihat mengikuti jejak langkah Victoria terlibat dalam dunia peragaan fesyen. Dia menggemparkan netizen bila debut dalam majalah fesyen L’Uomo Vogue dengan fashion sense yang unik.
Debut Majalah Vogue
Nampaknya seorang lagi anak Beckham membuat penampilan untuk majalah fesyen tersohor L’Uomo Vogue.
- Foto – L’Uomo Vogue
Kali ini Romeo Beckham tampil sebagai muka depan, sekaligus debut sulung dengan L’Uomo Vogue. Romeo kelihatan bergaya mahal mewarnakan rambut bleach blonde untuk editorial, terserlah ketampanannya yang persis bapa, David.
- Foto – L’Uomo Vogue
Anak bujang tinggi lampai menyarung persalinan dari beberapa nama pereka fesye, antaranya Prada dengan konsep wild n bold.
Victoria Beckham Bangga Dengan Kejayaan Romeo
Victoria Beckham tidak dapat menyorok kegembiraan selepas melihat penampilan sulung Romeo. Dia terus bergegas ke Instagram untuk berkongsi gambaran menarik dari anak lelaki yang berusia 18 tahun itu.
- Foto – Daily Mail
“Proud of you @RomeoBeckham,” tulis bekas bintang Spice Girls bersama emoji hati.
Netizen Pun Tumpang Gembira Sekali
Tidak hanya ibu bapa, malah netizen dan para peminat keluarga ternama ini turut melahirkan kegembiraan dengan kejayaan Romeo. Ada juga memuji rua paras Romeo yang kacak bergaya, tak ubah seperti ibu bapanya.
“So handsome. Looking like your dad.”
“Oh my gosh, had to double take – thought this was you! He looks fab.”
“Congrats. He looks a lot like his parents.”
Bila rambut Romeo di-bleach dah macam Victoria pula. Tapi memang anak beranak Beckham segak-segak orangnya.
The post Makin Kacak! Gambar Terkini Romeo Beckham Beraksi Dalam Majalah Vogue appeared first on Wanista.com.