Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

$
0
0

Berita tentang kehamilan anak kedua penyanyi nombor satu di Malaysia membuatkan seluruh negara mendoakan kesihatannya dan anaknya itu.

Selepas pengumuman yang dibuatnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil sebagai Tokti, telah muat naik sebuah video khas.

Menerusi perkongsiannya di YouTube itu, beliau telah mengatakan dirinya lebih kerap menangis berbanding dengan kehamilan anak pertamanya, Siti Aafiyah.

“Prosesnya sama saja seperti Aafiyah, tetapi kehamilan anak kedua ini buatkan saya dan suami lebih banyak menangis kerana usaha kami berjaya akhirnya.”

Pernah Gagal Banyak Kali 

Seperti pasangan lain yang menjalani proses In Vitro Fertilization (IVF), Tokti mengatakan proses IVF untuk ‘menghasilkan’ anak kedua ini lebih mendebarkan daripada kebiasaannya.

Ujarnya sebelum mengetahui kehamilan anak kedua ini, Tokti dan pasangan telah gagal beberapa kali ketika menjalani ujian dan proses IVF.

Foto – Siti Nurhaliza (Youtube)

“Sangat mendebarkan bagi proses kali ini kerana saya tidak tahu sama ada Allah kurniakan lagi atau tidak peluang untuk positif (hamil).”

Ketika menjalani pemeriksaan sebelum proses IVF ini, dinding rahim miliknya dilihat ‘terkesan’ disebabkan oleh pendarahan akibat pembedahan ketika melahirkan anak pertama.

Proses IVF Kali Ini Lebih Ringkas 

Menjalani proses IVF kali ini dikatakan lebih ringkas dan mudah kerana ‘bayi’ sudah ada. Ketika pemeriksaan bersama doktor, Tokti dicucuk dengan beberapa ubat untuk menebalkan dinding rahimnya.

Foto – Siti Nurhaliza (Youtube)

“Kalau sebelum ini, Siti Aafiyah saya mulakan dengan cucuk dan ubat. Tetapi kali ini lebih mudah dan ringkas. Saya hanya perlu makan ubat sahaja kerana ia sebagai persediaan untuk ‘bayi’ tersebut dimasukkan ke dalam rahim saya.”

Foto – Siti Nurhaliza (Youtube)

Sebelum ini, Tokti juga pernah mendedahkan bahawa anak dalam kandungannya ini merupakan kembar Siti Aafiyah. Tetapi disebabkan oleh disebabkan beberapa faktor, ‘bayi’ tersebut dibekukan sebelum disenyawakan.

‘Bayi’ Dalam Tiub 

Jika kamu lihat pada minit 07:57, Tokti telah menunjukkan satu tiub khas yang mengandungi bayinya yang telah ‘dikeluarkan’ sejak hampir 3 tahun yang lalu bersama-sama dengan Siti Aafiyah.

Foto – Siti Nurhaliza (Youtube)

Sebelum proses itu dijalankan, Tokti mengatakan dirinya perlu minum air dengan banyak dan menahan air kencing sehingga penuh. Kemudian, barulah doktor akan memasukkan ‘bayi’ dalam tiub tersebut ke dalam rahimnya. Dan selepas menjalani proses IVF tersebut, beliau ‘ditahan’ hampir satu jam untuk berehat.

Pantang Larang Tokti

Selepas proses tersebut dijalankan dan berjaya, Tokti telah disarankan untuk berehat selama dua minggu sebelum pemeriksaan selanjutnya dijalankan.

“Di rumah walaupun ada lif dan tangga, saya tidak akan berjalan walaupun mahu makan. Saya hanya duduk dan makan dalam bilik sahaja.

Foto – Siti Nurhaliza (Youtube)

Sekiranya saya mahu solat, saya akan duduk di atas kerusi sahaja. Jika mahu ke tandas pula, saya akan berjalan perlahan-lahan dan terkepit-kepit seperti orang berpantang kerana proses ini memerlukan kesabaran dan kelembutan.

Dalam pada masa yang sama, Tokti juga elakkan daripada makan makanan yang pedas dan separuh masak untuk menjaga kandungannya.

Tak Sabar Nak Tahu Keputusan 

Sepanjang dua minggu dalam proses menunggu sebelum pemeriksaan selanjutnya, Tokti mengatakan dirinya tidak sabar untuk menunggu keputusan.

Foto – Siti Nurhaliza (Youtube)

Sama seperti sebelum ini, Tokti telah membeli beberapa alat ujian kehamilan untuk mengetahui keputusan sama ada dirinya hamil atau tidak.

Foto – Siti Nurhaliza (Youtube)

Hampir dikatakan setiap hari dan sekerap yang mungkin beliau menggunakan alat itu, dan akhirnya dia telah disahkan hamil. Tetapi tidak mahu dirinya kecewa, beliau menunggu untuk melakukan ujian darah bagi mendapatkan pengesahan rasmi daripada doktornya.

Selepas dua kali ujian darah diambil kerana bacaan rendah pada kali pertama, akhirnya Tokti disahkan hamil anak kedua dan dijangka melahirkannya pada bulan April tahun ini.

“Bila sudah ada cahaya mata dua orang, Alhamdulillah mereka telah melengkapkan saya sebagai seorang ibu”

Wanista mendoakan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kandungan anak keduanya berada dalam keadaan sihat selalu.

Agak-agak kamu, anak kedua ini akan ikut muka siapa?

The post Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap… appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583