Suka tonton filem-filem bergenre psiko dan thriller, penuh dengan aksi suspen yang mendebarkan jiwa raga sambil menguji mental dengan jalan cerita filem yang hebat.
Nah, mungkin beberapa filem melayu bergenre psiko dan thriller ini kena dengan selera hiburan kamu. Apatah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung, eloklah kamu berlibur dengan menonton filem best ini.
Filem WANGI
Filem ini mengisarkan sebuah keluarga yang yang kelihatan harmoni dan bahagia di mata umum, tetapi mempunyai kisah gelap masing-masing yang ingin disembunyikan dari pengetahuan sesiapapun.
Kisah bermula apabila Nor yang baru ke rumah selepas bersalin dari hospital, mula berasa tertekan di rumahnya kerana berlaku perkara luar biasa yang mengganggu di dalam rumah dan anaknya.
Filem M4M4
Filem ini mengisarkan tentang nasib seorang ibu tunggal, yang ingin mencari pembunuh dan perogol anak perempuannya.
Nasib mula menyebelahi diri, apabila sang ibu menjumpai telefon bimbit milik anak perempuannya dan berjanji akan membalas dendam atas kematian anak perempuannya itu.
Filem Suraya
Filem mengisarkan tentang sepasang YouTuber yang mula mendapat perhatian ramai, ingin menghasilkan kandungan video yang menarik untuk mengekalkan populariti YouTube mereka.
Mereka menjelajah setiap pelusuk negeri di Malaysia dengan merakam budaya tradisional, destinasi mula menjadi kacau bilau apabila mereka sesat dan terperangkap dalam sebuah homestay.
Filem Roh
Kisah bermula apabila sebuah keluarga daif yang menetap di pinggir hutan, didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang memberi ramalan ngeri kepada keluarga tersebut.
Sejak itu, mendengar ramalan tersebut pelbagai kejadian mistik dan mesteri berlaku kepada mereka sekeluarga.
Filem Salina
Filem mengisahkan tentang Salina yang tinggal di sebuah banglo yang mempunyai kisah misteri, kanak-kanak lain yang menetap dalam banglo tersebut juga mula diganggu dengan kejadian aneh dan berlaku pembunuhan yang tidak dijangka.
Jom habiskan masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menonton filem-filem bergenre psiko dan thriller ini, memang comfirm buat diri kamu tak duduk diam nanti.
The post 5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini appeared first on Wanista.com.