Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

$
0
0

Setiap satu adegan seks yang dilakonkan oleh pelakon filem terutamanya filem Hollywood, boleh dikatakan 100% lakonan mereka nampak semula jadi, mudah dan erotik.

Pelakon-pelakon ini mempunyai pelbagai jenis trik serta teknik yang membuatkan adegan tersebut nampak sangat real dan menyakinkan penonton.

Di sebalik menjayakan adegan tersebut, sebenarnya setiap pelakon ini berasa janggal sesama sendiri mereka. Tetapi atas nama kerja, mereka terpaksa menolak tepi rasa tersebut dan berlaku professional.

Selain berasa janggal, beberapa selebriti ini telah meluahkan apa sebenarnya yang mereka rasa ketika melakukan adegan tersebut.

Mila Kunis 

Adegan seks yang dilakonkan oleh Mila Kunis telah membuatkan dirinya berada dalam situasi yang janggal dan tidak selesa.

Foto – Pinterest

Bagi dirinya, adegan seks itu sebenarnya sangat rumit dan tidak nikmat. Tambah-tambah lagi apabila kru-kru produksi telah menghalakan lampu kepada dia terutamanya pada bahagian badan.

Dalam pada masa yang sama, dirinya akan menjadi kaku kerana malu apabila kru mula mengubah posisi badannya ketika adegan tersebut dirakam.

Kate Winslet 

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan watak Rose dalam filem “Titanic”. Digandingkan dengan Leonardo DiCaprio, Kate sering mengatakan dirinya menyesal dengan adegan seks yang telah dilakukan.

Foto – Pinterest

Baginya, ketika itu dia masih muda dan tidak tahu apa-apa melainkan mahu terkenal dengan cepat. Jadi, untuk terkenal dengan lebih cepat dia sanggup melakukan apa-apa perkara sahaja walaupun ianya tidak membuatkan dirinya berasa selesa.

Nicole Kidman

Menerusi filem “Big Little Lies“, Nicole telah melakukan beberapa adegan seks dengan pelakon lelaki sehingga dia berasa sangat menyesal dan memberi kesan negatif dalam hidupnya.

Foto – Pinterest

“Saya tidak boleh dan tidak mahu bangun selepas melakukan adegan tersebut. Kemudian, pengarah telah datang menutup badan saya dengan kain.

Saya rasa sangat terhina dan ‘hancur’. Dalam pada masa yang sama, rasa marah dalam diri semakin membara akibat adegan tersebut.

Dakota Johnson 

Bagi Dakota sendiri, apabila dirinya melakonkan adegan seks di dalam filem “Fifty Shades Of Grey” membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Ini kerana dirinya telah diikat pada bahagian kaki dan tangan. Manakala bahagian matanya ditutup.

Foto – Pinterest

Dalam pada masa yang sama, boleh dikatakan kesemua adegan seks yang dilakonkan membuatkan dirinya berpeluh dan ianya tidak menimbulkan rasa sensual. Malah membuatkan dirinya mengalami perubahan emosi yang ketara.

Liam Hemsworth

Seperti Liam Hemsworth, dirinya sering berasa janggal dan kaku apabila mahu melakukan adegan hubungan seks. Ini kerana dia sering merasakan dirinya berdiri tanpa tujuan dalam keadaan separuh bogel.

Foto – Pinterest

“Apabila saya perlu menanggalkan pakaian di hadapan kru dan pelakon yang lain, sudah semestinya perasaan janggal itu semakin tinggi dalam diri.”

Justin Timberlake 

Bagi Justin Timberlake pula, dirinya yang telah melakonkan adegan seks membuatkan dirinya hilang sabar dan penat.

Foto – Pinterest

“Melakonkan adegan seks membuatkan saya menjadi hilang sabar kerana boleh dikatakan setiap pelakon berada di set selama 12 jam. Sangat memenatkan!”

Mana tidaknya, jika adegan yang dilakonkan tidak menjadi, pasti ianya akan diulang-ulang sehingga berjaya. Jadi tidak hairanlah jika Justin merasakan dirinya hilang sabar ketika melakonkan adegan seks.

Michael Fassbender 

Mungkin kalau sesetengah lelaki, mereka akan merasakan adegan ini sebagai salah satu peluang untuk menikmati momen seperti itu. Tetapi tidak bagi Michael Fassbender.

Foto – Pinterest

“Situasi yang sangat janggal! Sebagai seorang lelaki saya perlu pastikan pelakon wanita tidak merasakan diri saya seperti mengambil kesempatan ke atas dirinya.”

Michael mengatakan dirinya tidak pernah mengambil kesempatan dan membuatkan pelakon wanita berasa tidak selesa dengan dirinya. Malah dirinya akan bergurau dengan pelakon lain bagi menghilangkan rasa janggal ketika mahu melakukan adegan tersebut.

Mungkin bagi penonton, adegan seperti itu menjadi ‘bahan utama’ dalam sesebuah filem. Walaupun lakonan nampak real, sebenarnya di sebalik adegan tersebut, pelakon-pelakon berasa sangat tidak selesa dan terpaksa menggunakan ‘kad’ profesional ketika bekerja.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583