Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

“Content Entah Apa-Apa”, Dixie D’Amelio Influencer TikTok Paling Banyak Haters

$
0
0

Siapa sahaja yang tidak mahukan kehidupan yang famous? Dikenali oleh orang ramai tanpa perlu memperkenalkan diri dan paling penting mempunyai jumlah peminat yang ramai.

Berbeza dengan seorang influencer TikTok ini, walaupun dirinya terkenal tetapi hairannya kenapa dia memiliki jumlah haters yang ramai?

Dixie D’Amelio yang baru berusia 19 tahun ini telah terpalit dengan pelbagai jenis kontroversi yang membuatkan dirinya mendapat haters dari seluruh dunia.

Pasti kamu tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh Dixie sehinggakan dia mendapat pelbagai jenis kritikan, kecaman dan haters setiap kali dia memuat naik posting sama ada di TikTok mahupun mana-mana media sosial miliknya.

Kenapa Posting Di Media Sosial Lebih Banyak Dislike? 

Untuk pengetahuan kamu, setiap posting Dixie mendapat jumlah dislike yang paling banyak disebabkan oleh kandungan yang merepek dan tidak bermanfaat bagi sesetengah orang.

Foto – Pinterest

Dalam pada masa yang sama, kandungan video yang dihasilkan boleh menjadi pengaruh buruk kepada pengikut terutamanya kanak-kanak di bawah umur. Ini kerana mereka mudah untuk mengikuti tanpa mengetahui sama ada ianya betul atau tidak.

Seperti contoh, video siri Vogue’s “24 Hours With” telah mendapat jumlah dislike yang lebih tinggi berbanding dengan like. Hal ini disebabkan oleh kandungan yang didokumentasikan itu menunjukkan dirinya tidak pernah bersyukur.

Foto – Vogue (YouTube)

Kebanyakan komen-komen yang ditinggalkan oleh penonton mengatakan alasan Dixie tidak menyambung pengajian adalah tidak masuk akal kerana takut lagunya dimainkan di frat party oleh seseorang dan tidak mendapat pujian yang sepatutnya.

Kandungan Posting Yang ‘Merepek’

Setiap kali memuat naik posting di media sosial terutamanya TikTok, Dixie pasti tidak terlepas daripada menerima kecaman dan kritikan.

Ini kerana kebanyakan orang mengatakan dirinya telah memuat naik posting yang tidak masuk akal dan merepek untuk ditonton.

Foto – Dixie D’Amelio (TikTok)

Seperti yang kita tahu, TikTok hanyalah sebuat platform di mana setiap pengguna boleh mengikuti dan remake semula trend terkini seperti video tarian. Jadi melalui posting video sebegitu, Dixie mula menerima kecaman apabila dia menjadi popular kerana tiada bakat.

Rasis Terhadap ‘Black People’?

Menari menggunakan klip audio milik Youtuber Trisha Paytas yang menggunakan ‘Nword‘, Dixie sekali lagi dikritik kerana menjadi rasis terhadap golongan ‘black people‘.

Video yang menayangkan dirinya melakukan tarian “Renegade” sambil rapping itu telah mengandungi unsur-unsur menghina perkauman. Mempunyai lebih daripada 7 juta penonton untuk posting tersebut, Dixie akhirnya telah memadamkan video itu daripada akaun peribadinya.

@caprhicorn

#greenscreenvideo DID DIXIE JUST RENEGADE TO THAT TRISHA AUDIO IM – #DoPacSun #OurType #makeitmini

♬ trishaz wit attitudes – leilani

Video itu telah menyinggung perasaan kebanyakan ‘black people‘ kerana dia dilihat tersenyum sambil ketawa apabila klip audio itu dimainkan. Dalam pada masa yang sama, Dixie turut tag Jalaiah Harmon iaitu pencipta asal tarian “Renegade” yang merupakan ‘black people‘.

Bertindak Kurang Ajar 

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, Dixie dan adiknya, Charli telah mengkritik secara terbuka tentang hidangan yang disediakan di hadapan chef peribadi yang merupakan rakan baik bapanya.

Chef tersebut yang telah menyediakan pelbagai jenis hidangan termasuklah salad segar dan hidangan paella makanan laut tetapi nampaknya dia tidak menghargai malah bertindak tidak sopan.

Dixie dilihat telah melakukan cubaan muntah selepas menikmati hidangan tersebut. Bagi kebanyakan penonton yang melihat video tersebut menyatakan rasa tidak sopan Dixie apabila melakukannya di hadapan chef.

Sikap Dan Pengaruh Buruk “Rich Mommy’s Girl” 

Setelah berpindah untuk tinggal bersendirian dan cuba untuk menjadi matang, Dixie telah mendokumentasikan apa yang dilakukan dalam masa sehari melalu siri Vogue’s “24 Hours With“.

Melalui rakaman tersebut, Dixie telah mengejutkan orang ramai apabila dia tidak mahu menyambung belajar dan fokus sepenuh masa dengan menghasilkan content TikTok. Dia juga mengatakan dirinya berasa takut untuk ke kolej disebabkan oleh rasa malu.

“Saya melihat seseorang membuat TikTok mengatakan mereka akan memainkan lagu-lagu saya di pesta frat. Disebabkan oleh itu, saya ambil keputusan untuk tidak ke kolej kerana tidak dapat mengatasi rasa malu tersebut.”

Selain itu, dia juga mengatakan kolej tersebut berada jauh daripada tempat tinggalnya dan akan mengambil masa serta perbelanjaan yang banyak.

@maddiedobs

i’m sorry but i lost some brain cells #fyp #fypage #foryoupage #dixiedamelio #vogue #dixie

♬ original sound – maddie dobson

Walaupun kini dia tinggal bersendirian, tetapi Dixie masih lagi pulang ke rumah ibu bapanya untuk kerana ‘tidak boleh berdikari’ dan memerlukan ibunya untuk melakukan semua perkara. Baginya, itulah tugas ibu untuk menyelesakan anak-anak.

Walaupun tetap menerima kecaman, Dixie kelihatan tidak menghiraukan malah tetap terus memuat naik posting di media sosial seperti biasa.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post “Content Entah Apa-Apa”, Dixie D’Amelio Influencer TikTok Paling Banyak Haters appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583