Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Caitlyn Jenner Tetap ‘Ayah’ Walaupun Mengaku Transgender, Ini Sebabnya

$
0
0

Tidak menukar panggilan “ayah” kepada “ibu”, Caityln Jenner lebih menyukai anak-anaknya mengekalkan panggilan tersebut walaupun dirinya sudah berubah menjadi transgender.

Dalam video YouTube yang terbaru, anak perempuannya iaitu Kylie Jenner telah tampil buat pertama kali untuk menyolek ayahnya itu.

Foto – Caitlyn Jenner (YouTube)

Kedua-dua anak beranak itu telah ‘berbincang’ mengenai peralihan jantina Caitlyn dan mengapa dia mahu kekalkan panggilan “ayah” walaupun sudah berubah menjadi transgender.

“Kadang kala, orang menjadi keliru apabila saya dan Kendall masih memanggil ayah dengan panggilan “ayah” dan bukannya “ibu”.

Saya tahu kita pernah berbincang tentang hal ini dan ayah okay dengan panggilan tersebut. Tetapi bagaimana dengan perasaan ayah tentang panggilan itu sekarang?” ujar Kylie.

Foto – Daily Mail

Menjawab persoalan itu sambil disolek oleh Kylie, Caitlyn mengatakan ianya satu keputusan yang terbaik pernah dia lakukan untuk dirinya dengan mengekalkan panggilan “ayah”.

Katanya kadang kala masyarakat boleh merumitkan keadaan kerana setiap orang memberikan pendapat tentang panggilan nama selepas dia menjadi seorang transgender.

Berbeza pula dengan Caityln. Dia merasakan sudah tiba masanya dia lakukan perkara yang menggembirakan dirinya dan bukannya untuk orang lain. Ini kerana setiap orang mempunyai ‘cara’ yang sesuai untuk diri masing-masing.

“Ramai yang mengatakan saya adalah “ibu” selepas menukar jantina. Tetapi sebenarnya saya tidak.

Saya masih lagi “ayah” dan akan menjadi ayah sepanjang hidup saya. Saya akan menjadi ayah kepada anak-anak sampai bila-bila.

Jadi apabila orang tanya mengenai panggilan adakah mengekalkannya sama seperti dahulu, jawapan yang terlintas dalam fikiran saya adalah “Sudah tentu”, ujar Caitlyn.

Foto – Pinterest

Dalam pada masa yang sama, Caitlyn juga mengatakan dirinya sangat bertuah kerana dia memilih untuk menjadi diri sendiri berbanding menjaga perasaan orang lain sehingga mengabaikan perasaannya.

Mendengar ‘luahan’ ayahnya itu, Kylie memberitahu bahawa dirinya sangat bangga dengan ayahnya dan Caitlyn bebas untuk menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura di hadapan orang lain.

Hubungan Caitlyn dengan kedua-dua anak perempuannya iaitu Kendall dan Kylie sangat rapat.

Foto – Caitlyn Jenner (Instagram)

“Saya dan Kendall mempunyai banyak persamaan. Kami mempunyai sikap dan pandangan yang sama mengenai kehidupan. Saya sangat rapat dengannya tetapi saya lebih rapat dengan Kylie.

Hampir setiap masa saya bersama dengan Kylie. Kami berdua akan cuba untuk makan malam bersama-sama seminggu atau dua minggu sekali.” ujar Caitlyn.

Dia juga mengatakan kedua-dua anaknya itu mempunyai personaliti yang berbeza. Di mana Kendall sangat berahsia mengenai dirinya manakala Kylie sangat terbuka untuk berkongsi apa-apa.

 

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Caitlyn Jenner Tetap ‘Ayah’ Walaupun Mengaku Transgender, Ini Sebabnya appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587