Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Bunga Citra Lestari Rela Suami Menduakan, Dari Pergi Untuk Selamanya

$
0
0

Kisah cinta antara Bunga Citra Lestari dan Allahyarham Ashraf Sinclair, sangat menyentuh hati masyarakat di Indonesia dan Malaysia.

Dalam tidak sedar, sudah setahun Allahyarham Ashraf meninggalkan Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah.

Daalam tempoh tersebut, pelatun lagu “Cinta Sejati” ini berusaha menjadi ibu dan bapa buat anak tercinta tanpa suami tercinta di sisi.

Serta dalam masa yang sama, penyanyi ini juga berusaha untuk menerima status diri yang telah kehilangan tempat mengadu, pelindung diri dan cinta hati dengan redha.

BCL Kongsi Kisah Cinta

Mesti hati masih terkesan dengan pemergian Ashraf, tetapi kini Bunga kelihatan lebih terbuka berkongsi kisah hidupnya dan kisah cintanya dalam satu bual bicara dalam program “The Untold Story About Love Story”.

Dalam bual bicara ini, Bunga berkongsi apa yang terbuku dalam dirinya sepanjang kehilangan sang suami tercinta kepada masyarakat umum.

Bukan Mudah, Cuma Jadi Diri Sendiri

Dalam video-video bual bicara “The Untold Story About Love Story” yang di muat naik di YouTube It’s Me BCL,  Bunga menyatakan tidak mudah untuk menerima hakikat kehilangan cinta hati.

Sampaikan Bunga akan memeriksa sama ada anak dan ibunya masih bernafas, tatkala tidur bersama di bilik tidur mereka.

Bukan itu saja, Ibu kepada Noah ini juga berusaha menjadi diri sendiri dan tidak berpura-pura kuat di hadapan anaknya serta dalam masa yang sama cuba untuk mengubati diri yang kehilangan insan tercinta.

Bunga Lebih Rela Suami Menduakan Dari Pergi Selamanya

Selain itu, dalam bual bicara ini juga Bunga menyatakan bahawa dirinya lebih rela suaminya menduakan diri dari pergi untuk selamanya.

Bagi pandangan Bunga, sekurang-kurangnya dirinya tahu bahawa suaminya masih hidup di muka bumi ini meski tidak bersama dengan dirinya lagi.

Foto – Instagram Bunga Citra Lestari

Pandangan yang dikeluarkan oleh penyanyi ini mencetuskan kontroversi, di mana ada segelintir masyarakat menyokong pandangan pelatun lagu “Cinta Sejati” ini dan ada juga yang tidak bersetuju.

Apa-apa pun ini adalah apa pandangan peribadi dan apa yang dirasai oleh penyanyi ini, setelah kehilangan insan tercinta dalam hidup.

Semoga Bunga dan Noah terus kuat menjalani kehidupan.

Rujukan

The post Bunga Citra Lestari Rela Suami Menduakan, Dari Pergi Untuk Selamanya appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583