Boleh dikatakan angin panas sedang berlegar di Korea ketika ini mengenai isu artis kaki buli di sekolah, dan rata-rata kes buli ini mencuri perhatian netizen Korea dan antarabangsa.
Banyak tuduhan mengenai hal ini di mana ramai selebriti terkenal seperti (G)I-DLE Soojin, Everglow Aisha, Stray Kids Hyunjin, dan The Boyz Sunwoo merupakan kaki buli di sekolah masing-masing.
Dengan gerakan hasgtag #MeToo di laman sosial media, ramai pengguna sosial media Korea yang mengaku pernah menjadi mangsa di buli artis popular ini tampil ‘membuka mulut’.
Ini antara kompilasi kes-kes tuduhan yang sedang terpalit di kalangan selebriti terkenal, dan bagaimana mereka menolak dakwaan menjadi kaki buli semasa di bangku sekolah masing-masing.
Kontroversi (G)I-DLE Soojin
- Foto – Pinterest
Baru-baru ini ahli kumpulan (G)I-DLE iaitu Soojin, di dakwa telah pernah menjadi kaki buli semasa di sekolah rendah dan banyak tuduhan-tuduhan mula keluar di sosial media dengan menyatakan:
- Soojin pernah menampar rakan sekelas dan menghantar mesej dalam mesej berkumpulan agar memulaukan pelajar tersebut.
- Soojin juga di dakwa pernah mengambil barang dan duit milik pelajar lain
- Selain itu, Soojin juga di dakwa merokok semasa di bangku sekolah
- Dan terdapat dakwaan bahawa Soojin membuat khabar angin bagi membatu apikan artis Seo Shin Ae dengan pelajar lain.
(G)I-DLE Soojin Dan Cube Entertainment Sangkal Dakwaan
- Foto – Pinterest
Dipetik dari Soompi, Cube Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mereka dengan menyangkal dakwaan, serta tuduhan yang dilemparkan pada artis naungannya itu adalah tidak benar.
Manakala Soojin sendiri telah tampil dengan memberi kenyataan bahawa beberapa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar seperti:
- Dirinya tidak pernah cuba mencederakan rakan sekelas
- Malah dirinya tidak pernah menaiki motorsikal
- Selain itu, dirinya tidak pernah menghantar mesej dalam kumpulan untuk memulaukan seseorang
- Dirinya juga tidak pernah mengambil atau mencuri uniform atau barang orang lain
- Dan dirinya sendiri tidak pernah bercakap dengan artis Seo Shin Ae semasa zaman persekolahan mereka.
- Foto – Pinterest
Tetapi Soojin akui dirinya pernah berpakaian yang tidak elok di sekolah dan merokok kerana rasa ingin tahu, tetapi semua itu berubah apabila dirinya telah dewasa dan pengalaman semasa sekolah membentuk dirinya yang sekarang ini.
Jika menyentuh soal buli pula Soojin sekeras-kerasnya menyangkal hal tersebut, dan memohon maaf kepada peminat atas apa yang berlaku disebabkan kehidupan peribadinya.
Kontroversi Everglow Aisha
- Foto – Pinterest
Selepas kontroversi panas (G)I-DLE Soojin, keluar pula kontroversi ahli kumpulan Everglow iaitu Aisha dikatakan juga seorang kaki buli di sekolah rendah.
Dipetik dari Allkpop, post yang dimuatnaik pada 22 Februari 2021 yang dipercayai merupakan mangsa buli, menceritakan bahawa Aisha telah membuli dirinya secara lisan dan juga fizikal semasa di zaman sekolah dahulu.
Dan kesan apa yang berlaku membuatkan nama baik mangsa tercemar, kemudian apabila masuk sekolah menengah khabar angin menyatakan si mangsa perempuan murahan terus tersebar.
- Foto – Pinterest
Bukan itu saja, mangsa juga mendakwa gara-gara khabar angin dirinya perempuan murahan membuatkan ramai lelaki cuba mendekati dirinya.
Dan dalam post berkenaan si mangsa menyatakan dirinya pernah berjumpa Aisha, tetapi Aisha seolah-olah tidak mengenali dirinya dan cuma menyapa secara biasa.
Yuehua Entertainment Nafi Dakwaan
Dipetik dari Soompi, Yuehua Entertainment telah mendapatkan jawapan dari Aisha dan mengeluarkan kenyataan bahawa segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan pada artis naungannya itu tidak benar.
Kontroversi Stray Kids Hyunjin
- Foto – Pinterest
Siapa sangka ahli kumpulan Hyunjin Stray Kids juga terpalit dalam kontroversi kaki buli di sekolah, namanya naik apabila ramai warganet yang tidak dikenali tampil ‘membuka mulut’ pernah dibuli selebriti kacak tersebut.
Kemudian keluar pula khabar angin bahawa isu buli tersebut adalah tidak benar, kini netizen menanti jika ada sebarang kenyataan bakal keluar dari syarikat naungan Stray Kids dan Hyunjin sendir.
Kontroversi The Boyz Sunwoo
- Foto – Pinterest
Manakala ahli kumpulan The Boyz iaitu Sunwoo juga didakwa pernah menjadi kaki buli di sekolah, dan banyak tuduhan-tuduhan yang dikaitkan jejaka kacak ini pernah menjadi kaki buli di sekolah tersebar di media sosial.
Apatah lagi keluar pula khabar angin bahawa Sunwoo pernah memberi komen berunsur seksual mengenai seorang pelajar perempuan di kelasnya.
Cre,ker Entertainment Dan Sunwoo Nafi Tuduhan
- Foto – Pinterest
Dipetik dari Soompi, Cre.ker Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa segala tuduhan dan dakwaan yang terpalit pada artis naungannya itu adalah tidak benar.
Dan Sunwoo sendiri menafikan sekeras-kerasnya mengenai isu buli tersebut, dan Sunwoo bersama syarikat naungannya itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan hal yang tidak benar ini.
Macam-macam kes buli naik di Korea sekarang ini dan kebanyakkannya melibatkan artis yang popular, bagi yang tidak tahu mana yang betul atau salah lebih baik diam.
Di harap segala kekusutan yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik, dan kontroversi ini akan reda.
The post Ramai Artis K-Pop Dituduh Kaki Buli Di Sekolah, Apa Yang Berlaku? appeared first on Wanista.com.