Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Makin Hot! 6 Selebriti Amal Diet Intermittent Fasting

$
0
0

Cuba kamu scroll di internet, banyak sangat jenis diet yang ada sekarang dan diamalkan oleh kebanyakan orang termasuklah para selebriti.

Yang makin popular adalah Intermittent Fasting. Menjadi salah satu diet yang mudah diamalkan dan tidak ekstrem ini membuatkan ramai orang memilih jenis diet ini.

Secara ringkasnya, kamu boleh memahami Intermittent Fasting (IF) ini sebagai salah satu diet yang memerlukan kamu berpuasa dalam satu-satu tempoh.

Kalau kamu ragu-ragu akan hasilnya, lihat beberapa selebriti yang amalkan diet jenis Intermittent Fasting bagi menurunkan dan mengekalkan bentuk badan mereka.

Apa Yang Kamu Perlu Tahu?

Intermittent Fasting adalah sejenis diet yang mengatur cara pola pemakanan bagi seseorang individu. Iaitu dengan cara berpuasa dalam tempoh masa yang tertentu.

Walaupun diet ini dikatakan sebagai berpuasa sekejap-sekejap, tetapi individu yang melakukannya dibenarkan untuk minum air kosong bagi mengelakkan badan daripada dehidrasi.

Foto – Intermountain Healthcare

Kebiasaannya, diet ini akan mengesyorkan kamu untuk berpuasa selama 16 jam. Tetapi kamu boleh tentukan sendiri berapa lama yang boleh kamu berpuasa.

Kenapa Ramai Selebriti Memilih Diet Ini?

Bagi kebanyakan selebriti, diet IF ini mendatangkan hasil yang lumayan pada mereka dalam mengekalkan bentuk dan berat badan yang ideal.

Selain menjadikan diri sebagai seorang yang berdisplin dan mengawal nafsu makan, tidak semestinya diet ini menghalang mereka daripada mendapatkan nutrisi yang lengkap.

“Daripada kamu tahan lapar, lebih baik kamu memberi perhatian kepada apa yang kamu makan dalam masa-masa yang tertentu,” ujar Kourtney Kardashian.

Bagi Kourtney, diet IF ini membantu dirinya menurunkan berat badan, mengawal kolestrol dan meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh dengan lebih baik.

Dalam pada masa yang sama, dia tidak perlu mengikuti diet ini dengan ketat dari segi masa makan dan masa untuk berpuasa. Ini kerana dia boleh tetapkan masanya sendiri ikut kesesuaian badan dan kesihatan.

Walaupun ada yang mengehadkan sejumlah kalori dan beberapa makanan daripada makan, tetapi tidak semuanya boleh dilakukan oleh semua orang.

Bergantung kepada setiap tahap kesihatan seseorang, diet ini hanya berkesan dan berfungsi kepada mereka yang melakukannya dalam cara yang betul.

Selebriti Yang Amalkan Diet Intermittent Fasting 

Bae Suzy

Foto – Pinterest

Lisa Surihani 

Foto – Berita Harian / TV3

Nicole Kidman

Foto – Pinterest

Jennifer Aniston 

Foto – Pinterest

Vanessa Hudgens 

Foto – Pinterest / Got Celeb

Kourtney Kardashian 

Foto – Pinterest

Bukan kebaikan yang ini sahaja yang boleh kamu dapat, tetapi ada bermacam-macam lagi manfaat IF kepada badan terutamanya kesihatan.

Kalau kamu nak diet, apa kata kamu cuba diet IF?

RUJUKAN: 1, 2

The post Makin Hot! 6 Selebriti Amal Diet Intermittent Fasting appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583