Heboh satu dunia tiba-tiba keluar khabar berita yang menyatakan ketua Big Bang, G-Dragon dan Blackpink Jennie dikatakan sedang hangat bercinta oleh media Korea.
Dipetik dari Soompi, salah satu media hiburan terkenal di Korea iaitu Dispatch mengeluarkan berita bahawa G-dragon dan Jennie telah menjadi pasangan kekasih selama setahun.
Jennie Sering Mengunjungi Kediaman G-Dragon
- Foto – Pinterest
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Dispatch yang dipetik dari Soompi, Jennie di lihat sering mengunjungi kediaman penthouse G-Dragon setiap kali selesai jadual kerja hariannya.
Pengurus Jennie Dan G-Dragon Ambil Dan Hantar Ke Penthouse
- Foto – Pinterest
Bukan itu saja menerusi laporan yang dikeluarkan Dispatch, setiap kali jadual kerja Jennie telah habis pengurus Jennie di lihat selalu menghantar dan mengambil Jennie dari kediaman G-Dragon.
Dan kadang-kala kelihatan pengurus G-Dragon akan mengambil dan menghantar Jennie ke penthouse, dari situ spekulasi dua selebriti hebat ini mula tersebar.
Servis Istimewa Penthouse G-Dragon Hanya Untuk Jennie
- Foto – Pinterest
Untuk pengetahuan semua, G-Dragon memiliki kediaman penthouse peribadi yang mempunyai fungsi lif dan tempat parking persendirian.
Di mana, Jennie boleh gunakan tanpa perlu membuat pemeriksaan identiti bagi menggunakan servis mewah berkenaan.
Dating Di Rumah Saja
- Foto – Pinterest
Spekulasi demi spekulasi mula timbul, dipetik dari Soompi bahawa kedua-dua selebriti terkenal dunia ini dikatakan hanya dating di rumah.
YG Entertainment Tidak Masuk Campur Urusan Peribadi Artis
- Foto – Pinterest
Desas-desus mengenai hubungan kedua-dua artis naungan syarikat YG Entertainment ini semakin kuat diperkatakan oleh netizen, ramai yang menanti kenyataan dari syarikat ternama ini.
Menurut Allkpop, YG Entertainment menyatakan mereka tidak akan memberi sebarang komen dan tidak akan mencampuri urusan peribadi artis mereka dan berharap agar orang ramai dapat memahami.
Rakan Terdekat G-Dragon Dan Jennie Jawab Spekulasi
- Foto – Pinterest
Dipetik dari Koreaboo, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Spotv, wartawan mereka dikatakan menemubual individu yang dipercayai rakan terdekat G-Dragon dan Jennie.
Meski syarikat YG Entertainment tidak dapat memberi sebarang penjelasan, berdasarkan temubual yang dilakukan bersama rakan terdekat bagi kedua-dua belah pihak G-Dragon dan Jennie.
“G-Dragon dan Jennie tidak berniat nak menyembunyikan hubungan mereka berdua, sebaliknya mereka memperkenalkan diri mereka sebagai teman lelaki dan teman wanita masing-masing dan bertemu dengan kawan-kawan mereka.
Saya juga berfikir ianya membebankan buat mereka berdua untuk mengenai hubungan mereka atas sebab situasi masing-masing” – Kenyataan rakan pertama.
“Ianya bukan mudah untuk menyatakan mengenai khabar angin hubungan mereka, apatah lagi mereka berdua dalam satu syarikat agensi yang sama dan mempunyai hubungan senior dan junior dalam industri.
Saya juga tidak merasakan bahawa mereka berdua mahu orang ramai mengubah panggilan mereka kepada ‘teman wanita G-Dragon’ atau ‘teman lelaki Jennie’ jika mereka mengesahkan hubungan yang terjalin.” – Kenyataan rakan kedua.
- Foto – Pinterest
Dalam desas-desus yang sedang melanda, G-Dragon tidak memberi sebarang jawapan atau maklumbalas dan semasa di rancangan Radio Star, G-Dragon menyatakan ianya adalah soal peribadi.
“Ianya adalah soal peribadi, bukannya soal sah atau tidak mengesahkan hubungan. Apatah lagi jika pasangan yang dikaitkan adalah selebriti, saya fikir potensi kesan buruk akan jadi lebih tinggi terhadap wanita.
Orang awam ada hak nak tahu, tapi saya tidak rasa saya perlu menurut kehendak orang awam.” – G-Dragon di Radio Star.
Cuma Khabar Angin Semata, Netizen Tak Percaya
- Foto – Twitter
Melihat banyak laporan yang dikeluarkan oleh media, rata-rata segelintir netizen tidak mempercayai desas-desus yang sedang hangat berlegar.
Bagi mereka tiada selagi tiada bukti kukuh, itu tidak bermaksud kedua-dua selebriti ini bercinta dan ramai yang memberi komen dan pandangan masing-masing.
Artis Lee Joon Yeon Bagi Hint?
- Foto – Pinterest
Dipetik dari Koreboo, bekas ahli kumpulan idol After School iaitu Lee Joon Yeon berkongsi sesuatu di Instagram di mana artis tersebut memuatnaik gambar dari siri ‘Anne of Green Gables’ dengan kapsyen berikut:
“Mengikut pengalaman saya jika kamu telah memutuskan dalam hati untuk berseronok, kamu akan menjumpai sesuatu yang menyeronokkan. Sudah tentulah kamu perlu mempunyai perasaan yang kuat.” – Anne of Green Gables.
Kapsyen yang keluar secara tiba-tiba ini, dikaitkan dengan kontroversi hubungan G-Dragon dan Jennie. Apatah lagi wanita ini juga, pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan G-Dragon pada tahun 2016.
- Foto – Instagram Lee Joon Yeon
Tetapi agensi kedua-dua selebriti ini, masing-masing menafikan khabar angin mengenai spekulasi hubungan romantik diantara mereka berdua.
Mungkinkah foto dan kapsyen yang dimuatnaik Lee Joon Yeon ini, merupakan hint mengenai hubungan cinta G-Dragon dan Jennnie?
Netizen Syak Media Guna Khabar Angin Ini Untuk Tutup Isu Artis Korea Kaki Buli?
- Foto – Koreaboo/Twitter
Netizen yang terkejut, dengan kemunculan khabar angin mengenai hubungan G-Dragon dan Jennie secara tiba-tiba di laman sosial media tidak mempercayai desas-desus tersebut.
Kerana ramai yang percaya ini hanyalah taktik media untuk menutup isu panas artis Korea kaki buli di sekolah, yang sedang mendapat perhatian ramai netizen pada ketika ini.
Peminat Beri Restu Jika Betul Bercinta
Kini netizen terbagi kepada beberapa bahagian, ada yang tidak percaya, ada yang kata hanya tutup kes buli yang sedang hangat di Korea dan sebahagian lain memberi restu kepada G-dragon dan Jennie jika mereka berdua bercinta.
congratulations Jennie and G Dragon,, im so happy for you both
— sanch⁷ screaming bcuz BLUE HAIR JUNGKOOK (@bts_besties) February 24, 2021
IF G DRAGON AND JENNIE R DATING IM SO HAPPY IDK ABOUT U GUYS BUT I LOVE HEARING THAT IDOLS R DATING
— sugar⁷ honeyᵉˣᵒ iceᵛ tea¹²⁷☾ (@jjkctzen) February 24, 2021
Dan kini, laman carian di sosial media Korea telah digantikan dengan kontroversi hubungan cinta G-Dragon dan Jennie.
Kalau betul pun mereka berdua bercinta, apa salahnya kan? Apatah lagi ini soal peribadi dan sebagai peminat, orang ramai perlu doakan yang terbaik untuk mereka.
Mengenai spekulasi media cuba tutup isu kes artis kaki buli, boleh jadi ya dan boleh jadi sebaliknya. Apa-apapun all the best buat G-Dragon dan Jennie
The post Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke? appeared first on Wanista.com.