Nasib malang menimpa penjaga anjing Lady Gaga, sewaktu membawa ketiga-tiga anjing milik penyanyi popular tersebut keluar berjalan-jalan di sekitar taman perumahan.
Dipetik dari The New York Times, penjaga anjing yang membawa Asia, Koji dan Gustav keluar berjalan-jalan di kawasan perumahan di tembak secara tiba-tiba.
- Foto – The Mirror
Mangsa berusia 30 tahun ini kemudian, menjerit meminta pertolongan dan dalam masa yang sama dirinya sedang memeluk Asia.
Manakala Koji dan Gustav di bawa lari oleh dua individu yang tidak dikenali, dengan menaiki kenderaan berwarna putih, kenderaan yang di pandu oleh pencuri tersebut menuju ke arah jalan Hollywood Boulevard.
Pencuri Bersenjata, Guna Pistol Semiautomatik
- Foto – TMZ
Kejadian dikatakan berlaku pada jam 9.40 malam, penjaga anjing membawa keluar ketiga-tiga anjing Lady Gaga sebagai rutin harian.
Tetapi malang tidak berbau, pencuri telah bersedia dengan senjata dan menembak mangsa yang berusia 30 tahun itu sebelum membawa lari kedua-dua anjing berkenaan.
Berdasarkan kesan tembakan pada badan mangsa, pistol yang pencuri gunakan adalah jenis semiautomatik.
Polis Los Angeles Berusaha Jejak Pencuri Anjing
- Foto – New York Post
Kini pihak polis sedang berusaha menjejaki pencuri berkenaan, pihak polis Los Angeles menyatakan banyak kejadian seperti ini berlaku.
Apatah lagi anjing jenis French bulldog merupakan antara anjing termahal dan bersaiz kecil, membuatkan ia mudah dicuri.
Lady Gaga Tawar Setengah Juta, Pulangkan Semula Anjing
- Foto – Fashion Sizzle/Daily Mail
Lady Gaga mengeluarkan kenyataan bagi sesiapa yang menemui atau memiliki kedua-dua anjingnya Koji dan Gustav, mereka akan ditawarkan wang setengah juta jika memulangkan semula kedua-dua anjing tersebut dengan selamat.
Semoga Lady Gaga dapat temui semula kedua-dua anjingnya dengan selamat.
The post Ngeri Penjaga Anjing Lady Gaga Kena Tembak appeared first on Wanista.com.