Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

10 Tahun Sengsara Autoimun, Bella Hadid Kongsi Kisah Hidap Penyakit Kronik

$
0
0

Penyakit autoimun atau juga dikenali sebagai penyakit Lyme merupakan salah satu penyakit kronik yang digeruni ramai, dan malangnya penyakit ini dihidapi oleh model terkenal Bella Hadid sendiri.

Pada tahun 2012 Bella disahkan menghidap penyakit autoimun ini, di mana sistem imun badan menyerang tubuh badannya dan memerlukan rawatan yang berterusan.

10 Tahun Berlawan Dengan Autoimun

Foto – Instagram Bella Hadid

Di petik dari BuzzFeed, pejam celik sudah 10 tahun rupanya model jelita ini berlawan dengan penyakit autoimun kronik ini.

Siapa sangka di sebalik senyuman dan karisma yang ditunjukkan di pentas peragaan, muka depan majalah dan televisyen, wanita ini mengharungi penyakit kronik seperti ini dalam hidupnya.

Masih Mendapatkan Suntikan IV

Foto – Instagram Bella Hadid

Tahun ini, Bella berkongsi gambar dirinya mendapatkan suntikan IV bagi melawan penyakit autoimun yang menyerang sel dalam badannya.

10 tahun mengulangi dan menjalani rawatan yang sama, bagi melawan sistem imun yang menyerang sel sihat dalam badan bersendirian.

Sampai Hilang Urat Kena Cucuk Jarum 10 Tahun

Foto – Instagram Bella Hadid

Dalam Instastories Bella kelmarin, wanita jelita ini menyatakan sampai urat tangan pun dah hilang dek kerana 10 tahun dicucuk dengan jarum IV untuk rawatan.

Penyakit Autoimun Beri Kesan Masalah Penyakit Lain Pada Diri

Foto – Instagram Bella Hadid

Dalam petikan BuzzFeed, Bella sebelum ini pernah berkongsi bahawa dirinya sering mengalami sakit kepala, sakit otot dan sendi, rasa loya dan sebagainya.

Penyakit-penyakit yang dialami oleh Bella ini sebenarnya merupakan kesan dari penyakit autoimun yang menyerang sel badan, dan gejala sebegini tidak dapat dielakkan.

10 Tidak Pernah Berhenti Merawat Diri

Foto – Instagram Bella Hadid

Meski menghidapi penyakit kronik seperti ini, Bella tidak pernah berhenti menerima rawatan dan tetap menjaga kesihatan diri mengikut kemampuan diri sendiri.

Melihat gambar yang dikongsi menerima suntikan IV, menunjukan Bella tidak pernah berhenti merawat diri dan tetap memberi senyuman manis tatkala mengharungi masalah kesihatan.

Semoga Bella terus sihat♥

Rujukan : 1, 2,

The post 10 Tahun Sengsara Autoimun, Bella Hadid Kongsi Kisah Hidap Penyakit Kronik appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583