Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Wajib Tengok 7 Filem Seram Jepun Yang Ini, Sumpah Takut!

$
0
0

Tak dinafikan filem seram dari Jepun atau lebih dikenali sebagai J-horror sememangnya lebih menakutkan dan menyeramkan berbanding dengan filem seram negara lain.

Jalan cerita yang unik dan tidak seperti kebanyakan negara lain, J-horror tidak terlalu fokuskan kepada kesan khas.

Lebih kepada psikologi, twisted dan menyeramkan, J-horror akan membina rasa tertanya-tanya dan ketegangan sehingga kamu rasa seperti kamu seolah-olah sebahagian daripada filem tersebut.

Buat peminat cerita seram, ini adalah beberapa filem J-horror yang paling menakutkan dari zaman kamu masih kanak-kanak sehingga dewasa.

#1 Ju-On

Bagi beginner yang ingin menonton filem seram, Ju-On merupakan pilihan yang terbaik sebagai permulaan.

Filem ini berkisahkan mengenai sumpahan di sebuah rumah hantu di mana berlakunya sebuah pembunuhan di situ.

Pembunuhan itu terjadi apabila seorang lelaki membunuh isterinya dengan kejam kerana dia yakin bahawa isterinya tidak berlaku setia kepadanya. Pada masa yang sama, dia juga membunuh anak lelaki dan kucing mereka.

Sejak daripada itu, sesiapa sahaja yang menetap atau mempunyai hubungan dengan rumah tersebut akan disumpah dan akhirnya menghadapi kematian sama seperti isteri yang dibunuh,

#2 It Comes 

Berkisahkan mengenai harta dan exorcism, watak Hideki dan Kana merupakan sepasang suami isteri yang menunggu kelahiran anak pertama mereka.

Kejadian seram itu bermula apabila seorang wanita misteri mula mengunjungi syarikat Hideki. Rakannya mula menghantar mesej dan memberitahu wanita tersebut bernama Chisa.

Hideki menjadi terkejut kerana nama tersebut merupakan pilihan dia dan isterinya untuk anak mereka dan tiada sesiapa tahu tentang itu.

Tidak lama selepas itu, rakannya yang menghantar mesej tersebut mati. Sejak daripada itu, Hideki dan Kana mula berusaha dengan kuat untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.

#3 The Ring

Imej Sadako yang merangkak keluar dari televisyen membuatkan filem ini menjadi salah satu yang popular di Jepun.

The Ring merupakan sebuah filem yang berkisahkan tentang rakaman video yang disumpah. Sesiapa sahaja yang melihat rakaman tersebut, dia akan mati seminggu selepas itu.

Bermula dengan seorang remaja yang menghadapi kematian yang pelik disebabkan oleh menonton rakaman video tersebut. Seorang wanita dan bekas suaminya cuba untuk menyiasat kisah di sebalik video yang disumpah itu.

#4 Dark Water 

Yoshimi Matsubara merupakan seorang wanita yang baru sahaja bercerai dan berpindah ke sebuah pangsapuri kecil bersama anak perempuannya.

Pangsapuri yang kecil, kotor, gelap yang penuh dengan kulat sering mengalami kebocoran air tangki yang sangat kotor. Bukan sahaja di rumahnya, malah seluruh pangsapuri mengalami hal yang sama.

Pada masa yang sama, bekas suami Yoshimi mula ‘berlawan’ untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuan mereka. Dan dia menyerang dengan membangkitkan isu halusinasi dan rawatan psikiatri yang dihadiri oleh Yoshimi.

Yoshimi yang berusaha keras untuk mendapatkan hak penjagaan tersebut mula mengalami kejadian aneh di pangsapuri tersebut berlaku dan membuatkan rasa takutnya semakin meningkat hari demi hari.

#5 Battle Royale

Merupakan sebuah filem seram yang diadaptasikan daripada sebuah novel. Filem ini mengisahkan tentang keadaan di Jepun menjadi teruk dan masyarakat terutamanya pelajar mula menjadi tidak stabil.

Disebabkan oleh itu, kerajaan Jepun mengeluarkan undang-undang Battle Royale, di mana setiap tahun setiap kelas dari setiap institusi di Jepun akan dipilih secara rawak.

Kemudian pelajarnya akan dibawa ke sebuah penempatan terpencil selama tiga hari dan perlu berlawan sesama mereka untuk bertahan sehingga hanya tinggal seorang sahaja yang hidup.

#6 Reincarnation

Seorang pengarah filem mula menghasilkan sebuah filem mengenai kisah seorang professor membunuh anak dan isterinya di sebuah hotel sejak 30 tahun yang lalu dan merakam perbuatan tersebut.

Bagi mendapatkan feel yang sama, pengarah filem tersebut merakamkan pengambaraan di hotel tersebut. Sepanjang pengambaraan itu dilakukan, pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan berlaku hari demi hari.

#7 One Missed Call

Filem ini berkisahkan tentang sesiapa sahaja yang menerima panggilan telefon tidak dijawab atau missed call yang pelik akan mati selepas itu.

Bagi watak Yumi, seorang pelajar universiti sedang minum bersama rakannya, Yoko di sebuah kedai. Kemudian, Yoko telah menerima sebuah missed call dan notification itu menunjukkan daripada dirinya sendiri.

Selepas itu dia menerima sebuah pesanan suara di mana suara tersebut sama seperti dirinya dalam keadaan menjerit. Tiga hari selepas itu pada waktu yang sama dia menerima pesanan suara, Yoko ditemui membunuh diri dengan melompat ke trek kereta api dengan menjerit sama seperti pesanan suara yang didapatinya.

Kemudian, beberapa orang terdekat Yoko dan Yumi mula menerima nasib yang sama. Yumi mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pengarah pengebumian di mana adiknya juga mati disebabkan oleh hal yang sama untuk menyelesaikan misteri tersebut.

Walaupun beberapa filem J-horror ini diciptakan semula di beberapa buah negara, tetapi hasil filem asalnya lebih menakutkan dan memberi feels yang seram kepada setiap penonton.

The post Wajib Tengok 7 Filem Seram Jepun Yang Ini, Sumpah Takut! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583