Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Peminat Lelaki Patah Hati Elizabeth Tan Dah Kahwin, 5 Komen Lucu Mencuit Hati

$
0
0

Elizabeth Tan dah kahwin?

Ramai peminat Elizabeth Tan khususnya peminat lelaki, berasa terkejut serta terkedu dengan pengumuman yang dibuat oleh penyanyi bersuara lunak ini menerusi Instagram Storiesnya semalam.

Pelatun lagu popular ‘Knock Knock’, ‘Police Entry’, ‘Setia’, dan ‘Shh’ ini mengakui sudah menamatkan zaman bujangnya kelmarin pada 20 Mac 2021 bersama pasangannya seorang ahli perniagaan.

Perkahwinan Tular Di Media Sosial, Lizzy Sahkan Diri Sudah Berkahwin

Foto – Instagram Elizabeth Tan/Twitter

Elizabeth Tan atau lebih mersa di sapa sebagai Lizzy ini menyatakan dirinya sah sudah berkahwin, dan belum sempat penyanyi jelita ini membuat pengumuman isu dirinya sudah berkahwin tersebar di laman media sosial.

Elizabeth memohon maaf kerana lewat membuat pengumuman dan dirinya telah mengesahkan telah pun sah berkahwin menerusi Instagram Storiesnya.

Dan Elizabeth juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain berserta rakan media, kerana majlis yang diadakan berskala kecil.

Tak Jemput Ramai, 10 Saja Jaga SOP

Foto – Instagram Elizabeth Tan

Dipetik dari Berita Harian Online, majlis perkahwinan Elizabeth Tan dibuat berskala kecil dengan jumlah jemputan hanyalah 10 orang sahaja.

Menurut Elizabeth, demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) hanya 10 orang sahaja dari ahli keluarga terdekatnya saja yang menghadiri majlis tersebut.

Perkahwinan Tidak Mengubah Apa-Apa, Masih Lizzy Yang Sama

Foto – Instagram Elizabeth Tan

Dimaklumkan upacara perkahwinan dibuat di sebuah gereja yang terletak di Gombak dan menerusi rakaman video dan gamabr yang tular di media sosial memperlihatkan Elizabeth dan suaminya di hadapan paderi yang sedang membaca ikrar perkahwinan.

Dipetik dari Harian Metro, meski dirinya telah berkahwin ianya tidak mengubah apa-apa bagi Elizabeth dirinya masih Lizzy yang sama dan berharap orang ramai dapat menerima perkara ini serta menghormati keputusannya.

Peminat Lelaki Kecewa, Komen Lucu Mencuit Hati Penuhi Instagram Elizabeth Tan

Mendengar pengumuman mengenai bintang pujaan telah berpunya dan telah menamatkan zaman bujangnya, rata-rata ramai peminat Elizabeth terutama peminat lelaki berasa kecewa.

Berikut adalah beberapa komen lucu dan mencuit hati memenuhi ruangan komen Instagram Elizebath Tan!

Komen 1: Menangis Beratur Beli Nasi Bungkus

Foto – Instagram Elizabeth Tan

Komen 2: Menangis Bawah Dan Bucu Meja

Foto – Instagram Elizabeth Tan

Komen 3: Ku Menangis Sambil Tersenyum

Foto – Instagram Elizabeth Tan

Komen 4: Reaksi Terkedu

Foto – Instagram Elizabeth Tan

Komen 5: Pasrah Dan Beri Ucapan Tahniah

Foto – Instagram Elizabeth Tan

Meski lucu dan mencuit hati komen-komen netizen terhadap berita perkahwinan Elizabeth Tan, tetapi rata-rata ramai peminat mendoakan kebahagian idola pujaan hati masing-masing.

Tahniah buat Elizabeth Tan dan semoga berbahagia bersama pasangan hingga ke akhir hayat.

Rujukan: 1, 2,

The post Peminat Lelaki Patah Hati Elizabeth Tan Dah Kahwin, 5 Komen Lucu Mencuit Hati appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583