
Ramai yang terpukau melihat pelamin perkahwinan Noor Nabila Mohd Noor atau lebih mesra di panggil Nabila ini, ianya kelihatan seperti diadakan di sebuah dewan dengan singgahsana serba putih minimalis.
Pastinya, ramai yang ingin menatap lebih teliti singgahsana istimewa milik kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Neelofa ini bukan?
Rumah Kosong Persis Singgahsana Buat Sang Ratu
- Foto – Instagram Noor Nabila
Jika di lihat pada cebisan-cebisan gambar yang dikongsikan oleh Nabila di akaun Instagram, jelas menunjukan betapa serba indahnya perhiasan dalaman bagi majlis perkahwinan Nabila dan pasangan tercintanya Engku Emran Zainal Abidin.
Dipetik dari Reka Teemor, dimaklumkan singgahsana indah ini sebenarnya dilakukan di sebuah kediaman milik keluarga Nabila sendiri.
Transformasi rumah kosong 90’an bertukar menjadi singgahsana persis dewan mini ini, adalah hasil tangan perancang majlis perkahwinan Nabila iaitu Reka Teemor.
Peruntuk 12 Jam Ubah Jadi Singgahsana
Menurut Reka Teemor, trnasformasi indah bak mahligai singgahsana ini mengambil masa 12 jam untuk menyempurnakannya.
Sentuhan sederhana dan serba putih menaikkan seri suasana dalaman hingga ia berubah persis sebuah dewan nikah yang besar.
Transformasi Buat Sang Ratu
Ini antara cebisan gambar dari video yang dikongsikan oleh Reka Teemor bagaimana sebuah rumah kosong tahun 90’an menjadi singgahsana buat sang ratu sehari.
Rumah Kosong 90’an Persis Dewan
- Foto – Instagram Reka Teemor
Bilik Persalinan Indah Bak Kayangan
- Foto – Instagram Reka Teemor
Tempat Parking Kereta Diubah Menjadi Ruang Santap Diraja
- Foto – Instagram Reka Teemor
Setiap Ruang Sesuai Jadi Latarbelakang #OOTD
- Foto – Instagram Reka Teemor
Selain itu, perancang majlis Nabila juga tidak segan-silu menyatakan bahawa rekaan tatarias bagi setiap ruang dalaman rumah sesuai dijadikan latarbelakang untuk #ootd.
Dan ternyata ianya bukan sekadar kata-kata kosong, kerana melihat dari video serta cebisan gambar majlis perkahwinan Nabila cukup gempak dan indah belaka.
Nabila Sangat Berpuas Hati Dengan Hasil Kerja
- Foto – Instagram Noor Nabila
Melihat singgahsana di depan mata, Nabila meluahkan rasa cinta dan suka terhadap transformasi yang dilakukan oleh perancang majlis perkahwinannya Reka Teemor.
Usaha keras selama 12 jam menampilkan hasil kerja yang cukup berkualiti dan Nabila turut menyatakan adik-beradiknya yang lain bakal mengambil Reka Teemor sebagai perancang majlis perkahwinan di masa akan datang nanti!
Tahniah buat Nabila dan Engku Emran, semoga jodoh berkekalan sehingga Jannah-Nya. Next siapa pula?
The post Transformasi Mendadak Rumah Noor Nabila, Persis Singgahsana Sang Ratu! appeared first on Wanista.com.