
Bagi penggemar filem cuba kongsikan dengan Wanista, filem dari negara mana yang best untuk ditonton?
Tak dinafikan filem dari negara seperti Korea dan Barat best. Tetapi ada lagi yang best dan tinggalkan kesan kepada penonton iaitu filem dari negara Thailand.
Memang tak kecewa langsung, tambah-tambah lagi filem yang sedih. Memang boleh meraung dan menitik air mata seolah-olah kamu berada dalam filem tersebut.
Kalau kamu perlu cadangan untuk menonton filem sedih, Wanista cadangkan 6 jenis filem ini untuk ditonton. Memang kamu akan mencari tisu bila menontonnya.
Crazy Little Thing Called Love
Walaupun filem ini bergenre romantik, tetapi jalan ceritanya boleh membuatkan kamu rasa sedih.
Mengisahkan tentang seorang gadis, Nam (Pimchanok) yang tidak cantik telah menyimpan perasaan terhadap seniornya iaitu Shone (Mario Maurer).
Menjalani pelbagai suka dan duka untuk kelihatan cantik dan dikenali, dalam diam Shone sebenarnya menyimpan perasaan yang sama terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk memberitahu.
Bangkok Traffic Love Story
Mengisahkan tentang Mei Li (Cris Horwang) merupakan seorang wanita bujang yang kesepian disebabkan oleh rakan-rakannya telah berkahwin. Mengenangkan kisah sedihnya itu dia menjadi sangat tertekan.
Suatu hari, Loong (Theeradej Wongpuapan) tanpa sengaja telah berlanggar dengan Mei Li di tengah-tengah bandar. Sejak daripada itu sekiranya mereka berjumpa, pasti ada pergaduhan berlaku. Tapi dalam diam, masing-masing menyimpan perasaan suka terhadap satu sama lain.
The Teacher’s Diary
Dikhianati oleh kekasih dan rakan baik, Ann (Laila Boonyasak) telah mencurahkan segalanya di dalam diarinya.
Bekerja sebagai seorang guru, Ann telah meninggalkan sekolahnya sejuruh kejadian tersebut. Kemudian Song (Sukrit Wisetkaew) telah menggantikan tempat Ann dan secara tidak langsung menjumpai diari tersebut .
Song membaca dan meninggalkan kata-kata semangat ke dalam diari tersebut untuk Ann. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, tanpa disedari mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain.
One Day
Menyimpan perasaan terhadap rakan baru di tempat kerjanya iaitu Nui (Nittha Jirayungyum), Denchai (Chantavit Dhanasevi) telah mengambil kesempatan apabila Nui mengalami kemalangan dan amnesia.
Setelah Nui sedar daripada kemalangan, kisah mereka pun bermula. Denchai berpura-pura menjadi kekasih Nui telah menyebabkan kisah cinta mereka menjadi lebih kompleks dan pelbagai kejadian yang tidak disangka berlaku selepas itu.
Brother Of The Year
Chut (Sunny Suwanmethanon) yang merupakan abang kepada Jane (Urassaya Superbund) mempunyai personaliti yang sangat berbeza.
Chut yang gagal dalam semua perkara manakala Jane sering berjaya. Tetapi Chut sering melindungi adiknya apabila berkaitan dengan hal percintaan.
Suatu hari Jane dilamar oleh Miju (Nickhun) iaitu seorang lelaki Jepun yang bekerja di sebuah syarikat besar. Semuanya menjadi kacau bilau apabila Chut mengetahui hal tersebut.
Timeline
Filem Timeline ini mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Watt (Noppachai) yang menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Tan (Jirayu).
Tan yang merupakan anak tunggal kepada seorang janda iaitu Mat (Piyathida) telah menjadikan Watt sebagai tempat pertolongan untuk dirinya melepaskan diri daripada ibunya. Pada masa yang sama, Watt terpaksa memendam rasa apabila Tan menyatakan dirinya telah menyukai gadis lain.
Walaupun ada filem yang bergenre romantik dan komedi, tetapi apabila di bahagian sedihnya pasti kamu juga dapat merasai kesedihan watak tersebut.
Nak tengok filem ini, pastikan kamu sediakan tisu di sebelah okay?
The post Makin Sedih Lepas Tengok 6 Filem Thailand Yang Ini appeared first on Wanista.com.