Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Ini Barisan Pelakon Adaptasi Siri Netflix ‘Money Heist’ Versi Korea

$
0
0

Siri Netflix Original Money Heist atau tajuk asalnya La Casa de Papel tidak perlu diperkenalkan lagi. Siri ini mencipta fenomena yang luar biasa serata dunia.

Untuk pengetahuan semua, kerana sambutan luar biasa, Netflix membawakan adaptasi kepada versi Korea tidak lama lagi.

Bila adaptasi, mesti kita nak tahu siapa barisan para pelakon yang bakal membawakan watak Professor, Tokyo dan ramai lagi?

Barisan Pelakon Netflix ‘Money Heist’ Versi Korea

Untuk versi Korea menampilkan Yoo Ji-Tae sebagai Professor, Jun Jong-Seo sebagai Tokyo, Kim Yunjin sebagai Seon Woojin untuk Task Force serta ramai lagi yang hebat-hebat belaka.

Foto – Netlix
  • Gang: Yoo Ji-tae (The Professor), Park Hae-soo (Berlin), Jeon Jong-seo (Tokyo), Lee Won-jong (Moscow), Kim Ji-hun (Denver), Jang Yoon-ju (Nairobi), Park Jung-woo (Rio), Kim Ji-hun (Helsinki), Lee Kyu-ho (Oslo)
  • Task Force: Kim Yunjin (Seon Woojin), Kim Sung-o (Cha Moohyuk)
  • Hostage: Park Myung-hoon (Cho Youngmin), Lee Joobeen (Youn Misun)

Kekal Mengikut Plot Asal

Adaptasi Korea dibuat di semenanjung Korea, dan pencipta rancangan ini akan menghidupkan kembali jalan cerita yang tidak asing lagi dan membawanya cara tersendiri ke khalayak global dengan 12 episod.

Foto – Film

Money Heist menceritakan tentang anggota kumpulan yang direkrut oleh Profesor, tebusan, dan Pasukan Petugas menangani masalah pencurian.

Adaptasi Korea Money Heist akan dilancarkan secara global sebagai Neflix Original, dan info lebih lanjut akan dikemas kini.

The post Ini Barisan Pelakon Adaptasi Siri Netflix ‘Money Heist’ Versi Korea appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583