
Tahun lepas aktor kacak Kim Soo Hyun memboloti carta pelakon paling tinggi bayaran lakonan, dan tahun ini aktor berbakat ini kembali dengan harga bayaran yang lebih tinggi dari sebelumnya.
Dipetik dari Preview, dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay” yang ditayangkan sebanyak 16 episod ini dimaklumkan aktor Kim Soo Hyun dibayar sebanyak 200 juta won atau RM732K bagi setiap episod.
Dan dari, situ aktor ini memboloti carta pelakon lelaki dengan bayaran yang paling tinggi dalam industri lakonan Korea.
Pecah Rekod, RM1.8 Juta Bagi Setiap Satu Episod!
- Foto – Instagram Kim Soo Hyun
Jika sebelum ini harga bayaran bagi drama “It’s Okay To Not Be Okay” buatkan orang ramai terbeliak biji mata, nah tahun ini aktor kacak ini buatkan semua orang terdiam apabila mendengar desas-desus bayaran untuk drama terbarunya “That Night”.
Dipetik dari Preview, bintang Hallyu ini dikhabarkan bakal dibayar 500 juta won atau RM1.8 juta bagi setiap satu episod. Jumlah bayaran bagi drama baharu ini dua kali ganda lebih banyak dari bayaran drama “It’s Okay To Not Be Okay”.
Syarikat Tidak Menafikan Atau Mengiyakan Spekulasi
- Foto – Instagram Kim Soo Hyun
Menurut Koreaboo, Gold Medalist iaitu syarikat agensi bagi pelakon ternama ini tidak dapat mengesahkan spekulasi gaji yang diterima artis syarikatnya itu kerana terikat dengan perjanjian kerahsiaan.
Meskipun begitu, orang ramai telah menganggap bahawa spekulasi bayaran gaji yang diterima untuk drama terbaru Kim Soo Hyun adalah.
Apatah lagi, jika di lihat dari sudut profil penglibatan Soo Hyun dalam pelbagai kerja dalam pengiklanan dan produk terkenal dunia ianya tidak mustahil untuk aktor kacak ini menerima bayaran setinggi itu.
Drama “That Night” Beri Soo Hyun Pesona Baru
- Foto – AsianWiki/Preview Ph
Pastinya ramai yang tidak sabar menanti kemunculan drama baharu Kim Soo Hyun yang bertajuk “That Night” ini, dimaklumkan drama bergenre thriller, undang-undang dan jenayah ini memberi nafas serta persona baharu kepada aktor kacak ini.
Apatah lagi Soo Hyun akan bergandingan bersama aktor veteran yang cukup hebat iaitu Cha Seung Won, drama ini merupakan remake dari drama televisyen bersiri terkenal BBC iaitu “Criminal Justice”.
- Foto – Instagram Kim Soo Hyun
Dipetik dari PinkVilla, Soo Hyun menerima untuk berlakon dalam drama ini adalah kerana dirinya mahu keluar dari zon selesa dan cuba bereksperimen dengan karakter lakonan yang tidak pernah dibawanya sebelum ini.
Tak sabar nak menonton drama “That Night” ini, apatah lagi gandingan dua aktor berbakat ini pasti akan buatkan chemistry lakonan lebih gempak dan nyata!
The post Viral! Aktor Kim Soo Hyun Dibayar RM1.8 Juta Per Episod Untuk Drama Baru? appeared first on Wanista.com.