Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Selepas Diugut Bunuh, Rumah Kendall Jenner Pula Dicerobohi

$
0
0

Pernah menerima ugutan bunuh baru-baru ini, kini rumah model terkenal, Kendall Jenner dicerobohi pula oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Melihatkan situasi itu, Kendall mengambil keputusan untuk meninggalkan rumahnya yang terletak di Beverly Hills.

Tidak merancang untuk kembali, dia mengatakan rumahnya itu tidak lagi selamat walaupun kawasan kejiranan tersebut terkenal sebagai salah satu tempat yang selamat.

Rumah dicerobohi oleh lelaki yang tidak dikenali

Menerusi TMZ, lelaki yang berumur 27 tahun itu telah mencerobohi rumah Kendall yang terletak di Beverly Hills pada Ahad lepas.

Kendall yang berada di rumah ketika itu mengatakan lelaki tersebut telah mengetuk tingkap rumahnya sebelum menjerit memanggil namanya sekitar 2 pagi.

Foto – Teen Vogue

Kemudian lelaki itu menanggalkan pakaiannya dan berbogel sebelum cuba untuk berenang dalam kolam rumahnya.

Pihak keselamatan Kendall mula mengesan pergerakan lelaki tersebut di rumahnya dan menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Disebabkan oleh peraturan COVID-19 di balai polis tersebut, lelaki tersebut hanya ditahan selama 6 jam sahaja sebelum dibebaskan.

Terima ugutan tembak sehingga mati oleh seorang lelaki 

Sebelum kejadian rumahnya diceroboh masuk, Kendall juga telah menerima ugutan bunuh oleh seorang lelaki. 

“Detektif LAPD telah beritahu saya, seorang lelaki (Malik Bowker) telah memberitahu rancangannya untuk membeli senjata api secara haram sebelum membunuh saya sehingga mati”

Foto – L’Officiel Singapore

Menurut Kendall, lelaki yang dikenali sebagai Malik Bowker itu telah ‘merantau’ ke seluruh negara bagi mencari dirinya. Malik juga menyimpan niat dan rancangan untuk menembak Kendall sehingga mati sebelum membunuh diri.

Melihatkan situasi tersebut, pihak polis memberitahunya bahawa Malik ditahan sementara di wad psikiatri di hospital tempatan.

Tetapi polis memberi amaran bahawa Malik boleh dan akan dibebaskan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, Kendall juga mengatakan dirinya tidak pernah bertemu dengan lelaki tersebut.

Meminta Perintah Larangan daripada mahkamah 

Disebabkan oleh ugutan bunuh yang diterima oleh Kendall, dia telah meminta mahkamah untuk mengeluarkan notis Perintah Larangan kepada Malik.

Pihak mahkamah memberikan kebenaran tersebut kepada Kendall buat sementara dan mengarahkan Malik untuk berada jauh (100 ela) daripadanya sepanjang masa.

Foto – Kardashian Dish

Pada masa yang sama, Kendall juga telah memfailkan permohonan Perintah Larangan kepada mahkamah mengenai lelaki yang menceroboh rumahnya.

Kemudian Kendall juga telah menambahkan beberapa lagi pengawal keselamatan untuk mengawal dan menjaga keselamatan dirinya sepanjang masa tidak kira di mana sahaja.

Untuk pengetahuan kamu sebelum berpindah ke Beverly Hills, Kendall juga pernah menjual kediamannya di West Hollywood pada tahun 2017 berikutan dengan kejadian seperti rumah dicerobohi.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Selepas Diugut Bunuh, Rumah Kendall Jenner Pula Dicerobohi appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583