Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Kontroversi Foto Bikini Khloe Kardashian Tak Edit, Ahli Keluarga Sabotaj?

$
0
0

Memang kecoh di media sosial baru-baru ini berkaitan dengan Khloe Kardashian. Bukan apa foto bikininya yang belum disunting telah dimuat naik dan tersebar.

Foto Khloe yang bergambar di tepi kolam renang itu diambil ketika dia berada di rumah ibunya, Kris Jenner untuk menyambut perayaan Easter.

Melihatkan gambar itu disebar tanpa henti di setiap media sosial, keluarga Kardashian mula mencari siapakah yang memuat naik dan menyebarkan foto Khloe yang belum disunting itu.

Ahli Keluarga Kardashian Cuba Sabotaj?

Bintang Keeping Up With The Kardashians itu meluahkan rasa sedih dan kesal kerana foto dirinya yang belum disunting itu telah tersebar tanpa pengetahuannya.

Menerusi The Sun Online, foto tersebut dikatakan telah diambil oleh neneknya, Mary Jo (MJ) Shannon secara langsung menurut dokumen undang-undang.

Foto – Twitter / Heavy.com

“Kami adalah peguam Mary Jo (MJ) Shannon.

Salinan foto yang dirakan oleh pelanggan kami yang menangkap ahli keluarganya, Khloe Kardashian di lokasi persendirian telah disiarkan secara haram dalam talian tanpa sebarang kebenaran”, ujar peguam keluarga Kardashian.

Melihatkan penyebaran foto tersebut, pihak PR (Public Relations) Kardashians telah ‘bekerja keras’ untuk memadamkan foto tersebut dari beberapa laman web dalam talian.

Pasukan Kardashians Berusaha Keras Memadam Gambar 

Malah Page Six juga telah mengesahkan foto tersebut adalah diri Khloe yang sebenar yang disebarkan tanpa kebenaran dan tidak sengaja oleh seorang pembantu mereka.

Foto – The Today Show

“Foto yang diedit berwarna yang diambil oleh Khloe semasa pertemuan keluarga secara privasi itu telah dimuat naik oleh seorang pembantu tanpa sebarang kebenaran secara tidak sengaja”, ujar Tracy Romulus (Pegawai Pemasaran KKW Brands).

Pada masa yang sama, Tracy juga menambah dengan mengatakan Khloe sememangnya kelihatan cantik tetapi pemilik hak cipta tidak mahu foto tersebut dimuat naik dan perlu dipadamkan.

Rasa Tidak Yakin Pada Diri Menghantui Sepanjang Hidup 

Di sebalik pelbagai pujian diberikan kepada Khloe, dia masih melihat dirinya sebagai seorang ‘kakak yang gemuk’ apabila berada dalam kalangan adik beradiknya yang lain.

Khloe mula mengalami perasaan tidak yakin pada diri apabila ada orang menegur bentuk badannya sejak rancangan realiti itu disiarkan.

Foto – NY Daily News / HITC

Disebabkan oleh itu, Khloe sentiasa merasakan dirinya gemuk dan tidak yakin untuk memuat naik gambar yang menunjukkan dirinya sedemikian.

“Khloe mahu gambar itu dipadam kerana dia takut dirinya dihantui dengan gambar tersebut untuk beberapa tahun akan datang.

Seperti sebelum ini, dia terpaksa berhadapan dengan gambar yang dikatakan ‘gemuk’ walaupun realitinya dia tidak pernah sebesar dan segemuk itu. Menjadi titik lemahnya, dia masih menganggap dirinya sebagai kakak yang gemuk dan dia benci melihat gambar-gambarnya yang dahulu”

Untuk pengetahuan kamu, berat Khloe telah menjadi topik perbincangan dalam rancangan realiti tersebut sejak ia pertama kali ditayangkan.

Ramai Hairan Kenapa Padam Dan Memuji Kecantikannya

Bagi kebanyakan peminat Kardashian-Jenner dan pengguna media sosial menjadi hairan kenapa pihak Khloe berusaha keras untuk memadamkan gambar tersebut.

Dan kebanyakannya berasa sedih kerana wujudnya standard bentuk badan yang mempengaruhi kehidupan seseorang. 

Malah ramai yang memuji kecantikannya yang tidak disunting itu.

Kalau diikutkan, kita juga tidak boleh mempersoalkan tindakan Khloe kerana foto tersebut merupakan hak miliknya.

Apa-apa pun sesiapa yang mengalami perkara yang sama seperti Khloe, kamu patut mula yakin, terima dan sayang dengan diri sendiri.

RUJUKAN: 1, 2, 3,

The post Kontroversi Foto Bikini Khloe Kardashian Tak Edit, Ahli Keluarga Sabotaj? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583