Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Netflix Bongkar Kisah ‘Sons Of Sam’, Pembunuh Bersiri Paling Ditakuti Di New York

$
0
0

Bila menyebut mengenai ‘Sons Of Sam’, ramai generasi masa kini kurang tahu mengenai siapakah pemilik gelaran nama ini. Gelaran milik pembunuh bersiri pada tahun 1976, merupakan salah satu kes jenayah yang paling yang paling dahsyat dan sangat ditakuti oleh warga New York pada ketika itu.

Malah jika ditanya pada generasi muda masa kini tidak ramai yang tahu menahu mengenainya, dan kini Netflix bakal bawakan dokumentari bersiri secara umum bagi membongkarkan jenayah sebenar yang berlaku 45 tahun lalu.

Foto – The New York Times

Dokumentari bersiri ini dihasilkan pembuat filem Joshua Zeman bersama rakannya Maury Terry, yang merupakan seorang wartawan dan juga seorang penulis berusaha menyingkap kes pembunuhan yang dirancang ‘Sons Of Sam’ ini.

Lepaskan 1,500 Tembakan Rambang, Ragut 6 Nyawa Dan Cederakan 7 Remaja

David Berkowitz atau lebih dikenali sebagai ‘Sons Of Sam’ telah meragut enam nyawa dengan melepaskan tembakan rambang dan mencederakan tujuh orang remaja di bandaraya New York.

Bukan itu saja dipetik dari Biography, David Berkowitz juga melepaskan 1,500 tembakan rambang sekitar bandaraya New York dan kejadian itu membuatkan penduduk New York berasa gerun untuk keluar rumah.

Orang ramai terutamanya para ibu bapa menjadi risau terhadap keselamatan anak-anak mereka, kejadian ngeri yang berlaku pada tahun 1976-1977 merupakan tahun kegelapan yang sukar untuk dilupakan dalam sejarah di bandaraya New York.

‘Sons Of Sam’ Mungkin Tidak Rancang Pembunuhan Berseorangan

Foto – NME

Dipetik dari Ladbible, wartaman dan penulis Maury Terry mengesyaki jenayah pembunuhan yang dilakukan oleh David Berkowitz mungkin mempunyai rakan subahat yang lain.

Apatah lagi dalam petikan Biography, ada menyatakan semasa dalam tahanan penjara David dedahkan dirinya diarahkan oleh jirannya Sam Carr untuk melakukan pembunuhan tersebut dan arahan tersebut disampai menerusi anjing retriver yang dipercayai dirasuk syaitan dengan nama ‘Harvey’.

‘Sons Of Sam’ Ahli Kelab Satanik?

Foto – Biography

Kontroversi kes David Berkowitz ini cukup menggemparkan bila mana pada tahun 1990 di dalam penjara, dipetik dari Ladbible dirinya mengakui merupakan ahli kelab satanik dan menyatakan semua jenayah yang dilakukannya ada berkaitan dengan kelab satanik tersebut.

Mungkinkah Dokumentari ‘Sons Of Sam’ Di Netflix Dapat Merungkai Misteri Jenayah Ini?

Sebenarnya banyak persoalan yang tidak dirungkai oleh pihak berkuasa New York sewaktu penangkapan David Berkowitz dilakukan, mungkinkah jawapan misteri disebalik pembunuhan bersiri yang dilakukan ‘Sons Of Sam’ ini bakal terjawab dalam dokumentari ini?

Nantikannya di Netflix pada 5 May 2021 nanti.

Rujukan: 1, 2, 3,

The post Netflix Bongkar Kisah ‘Sons Of Sam’, Pembunuh Bersiri Paling Ditakuti Di New York appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583