
Memang terkejut sangat apabila ada sumber yang menyatakan aktres Seo Ye Ji ini sebenarnya seorang yang psiko dan kaki control. Tak boleh dibayangkan!
Kontroversi ini tercetus apabila Dispatch mula ‘merungkai’ kembali kisah cintanya bersama aktor Kim Jung Hyun pada tahun 2018.
Menurut Dispatch, aktor ini telah menunjukkan sikap kurang ajar dengan pelakon dan pekerja di set pengambaraan atas arahan aktres tersebut.
Tak Hadir Set Pengambaraan Secara Tiba-Tiba?
Menerusi siri drama “Time” yang dilakonkan oleh Kim Jung Hyun dan aktres Seohyun, Dispatch memberitahu Seo Ye Ji merupakan ‘mastermind’ di sebalik perubahan tingkah laku aktor tersebut.
Menurut seorang pekerja dari set pengambaraan tersebut, Kim Jung Hyun telah mengundurkan diri dengan alasan mengalami gangguan makanan dan tidur.
Namun ada pihak yang mendedahkan bahawa alasan sebenar aktor tersebut meninggalkan drama tersebut disebabkan dia menghadapi masalah dengan kekasihnya ketika itu.
Tolak Adegan Romantik Dengan Aktres Seohyun
Disebabkan oleh arahan dan sikap Seo Ye Ji, aktor ini telah menolak untuk melakonkan adegan skinship bersama Seohyun.
Laporan eksklusif yang dilakukan oleh Dispatch telah mendedahkan bahawa 13 scenes telah hilang dan Seo Ye Ji mengarahkan aktor tersebut untuk tidak melakukannya.
Antara scenes yang ditolak melakukan skinship:
- Episod 5 [48:45]: Ketika watak Kim Jung Hyun dan Seohyun jatuh ke tanah, sepatutnya mereka saling berpelukan dan bukannya jatuh secara berasingan.
- Episod 5 [54:38]: Adegan band-aid yang diberikan oleh Seohyun pada Kim Jung Hyun tiada moment romantik dan bersikap dingin.
Lap Bahagian Yang Disentuh Oleh Seohyun
Ada sumber mengatakan aktres Seohyun juga menghadapi masalah besar apabila Kim Jung Hyun tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya.
Kim Jung Hyun tidak akan bertentang mata dengannya, tidak bertanya khabar dan hanya menghabiskan masa sendirian di dalam kereta untuk berehat.
“Ada satu scene romantik yang dilakukan ketika itu. Seohyun menyentuh tangannya. Dan sebaik sahaja scene tersebut berakhir, dengan kasarnya Kim Jung Hyun mengambil tisu basah dan mengelap tangannya.”
Seo Ye Ji Pantau Pergerakan Kim Hyun Jung
Ketika pengambaraan siri drama “Time“, Seo Ye Ji akan sentiasa memantau pergerakan dan mengawal segala tindak tanduk kekasihnya supaya sentiasa ‘berkelakuan baik’ dan tidak menyakitinya.
Seo Ye Ji: Jangan lakukan skinship
Kim Jung Hyun: Okay
Seo Ye Ji: Mengapa kamu tidak memberitahu saya mengenai hari kamu?
Kim Jung Hyun: Saya tidak bertanya khabar pekerja perempuan harini. Saya tidak menunjukkan minat kepada orang lain.
Kim Jung Hyun: Hanya kamu yang boleh memegang tangan saya.
Seo Ye Ji: Lakukan semua perkara tanpa sebarang perasaan. Jangan lakukan sentuhan fizikal.
Kim Jung Hyun: Baik
Seo Ye Ji: Adakah kamu berkelakuan baik?
Seo Ye Ji: Bagaimana kamu bertegur dengan orang lain?
Kim Jung Hyun: (Hantar video) Saya tidak menyapa sesiapa.
Seo Ye Ji: Kamu tidak perlu bertanya khabar kepada mereka. Jika mereka lakukannya terlebih dahulu, balas dengan kasar.
Kim Jung Hyun: Saya terus membaca skrip tanpa melakukan perkara lain.
Seo Ye Ji: Laraskan skrip supaya tiada adegan romantik.
Kim Jung Hyun: Ya, saya membaca skrip.
Seo Ye Ji: Baiklah, buat yang terbaik. Jangan ada sebarang hubungan romantik atau fizikal.
Pihak Siri Drama Ulas Mengenai Kontroversi Itu
Manakala melihatkan kontroversi itu, pihak siri drama terutamanya pekerja telah memberikan beberapa ulasan melibatkan perubahan perangai aktor tersebut.
“Dia selalu meminta untuk menukar skrip di set. Jika tidak dipenuhi, dia akan tidak melakukan dengan sebetulnya.”
“Penulis Choi akan mengeluarkan cecum jadi dia akan menulis sambil mempunyai beg darah bersamanya. Semua orang sangat serius mengenai projek tersebut.”
“Setiap kali Seohyun berusaha untuk menghayati watak, dia akan menghalangnya. Seohyun sering menangis kerana banyak halangan.”
Melihatkan perubahan yang ketara mengenai tingkah laku aktor ini, ramai yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang tidak profesional kerana mencampurkan hal peribadi dan kerja.
Malah ada juga yang mengecam Seo Ye Ji dan tidak sangka bahawa dia bertindak kejam sebegitu terhadap bekas kekasihnya.
The post Tak Sangka Ini Sikap Sebenar Aktres Seo Ye Ji! ‘Gila’ Psiko Dan Kaki Control appeared first on Wanista.com.