Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Bapa Buddha Ibu Katolik, Tapi Dian Sastrowardoyo Pilih Peluk Islam

$
0
0

Kisah aktres jelita filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ ini menjadi bualan ramai di Indonesia mengenai perjalanan hidupnya bergelar mualaf, sejak membuat keputusan untuk memeluk Islam pada tahun 2002 dan kini hampir dua dekad Dian menjadi saudara Muslim.

Meski Dian Sastrowardoyo lahir dalam keluarga yang berbeza pegangan agama, ia bukan penghalang untuk pelakon berbakat besar ini menerima hidayah-NYA.

Banyak Belajar Agama Lain, Tapi Sinar Islam Kena Dengan Jiwa

Foto – Instagram Dian Sastrowardoyo

Dipetik dari Detik Hot, pelakon hebat ini akui banyak belajar tentang agama lain seperti agama buddha, hindu, taoisme, katolik dan kong hu cu.

Dibesarkan dengan ibu beragama katolik dan bapa yang beragama buddha, membuatkan Dian begitu tertarik untuk mempelajari pelbagai agama.

Foto – Instagram Dian Sastrowardoyo

Dan hasil pencariannya itu, Dian dipertemukan dengan guru agama yang banyak mengajar Dian tentang keindahan Islam dari situ hatinya terpaut untuk memeluk Islam.

Lalu pada malam Israk Mikraj tahun 2002, Dian mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi jadi mualaf serta mula mempelajari tentang solat dan Islam lebih mendalam.

Ibu Bapa Dan Keluarga Terima Dengan Hati Terbuka

Foto – Instagram Dian Sastrowardoyo

Dipetik dari Liputan6, apabila ditanyakan mengenai penerimaan keluarga Dian mengenai pengislamannya, Dian menyatakan bahawa dirinya bersyukur mendapat ibu bapa yang tinggi toleransi dan menerima agama yang dibawanya dengan hati terbuka.

Dian juga turut berkongsi di saat dirinya berjaya mengkhatam al-Quran sebelum berkahwin, ibu bapanya sendiri berasa bangga dengan pencapaian dan keazaman dirinya.

Dan sehingga ke hari ini hubungan bersama ibu bapanya tetap kuat dan saling memberi sokongan dan dorongan antara satu sama yang lain, jadi perbezaan agama bukan penghalang untuk miliki keluarga yang harmoni dan sejahtera.

Rujukan: 1, 2,

The post Bapa Buddha Ibu Katolik, Tapi Dian Sastrowardoyo Pilih Peluk Islam appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584