Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Sempena Hari Ibu, 6 Selebriti Ini Pertama Kali Sambut Sebagai Ibu

$
0
0

Pada setiap hari Ahad (minggu kedua) dalam bulan Mei, beberapa negara termasuk Malaysia akan menyambut Hari Ibu.

Hari tersebut akan disambut dengan meriah bagi meraikan para ibu dan menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak.

Tahun ini sambutannya menjadi lebih bermakna apabila ada beberapa selebriti menyambut hari ini buat pertama kalinya. Nak tahu siapa, mari Wanista kongsikan dengan kamu.

Katy Perry 

Daisy Dove Bloom dilahirkan pada Ogos 2020, merupakan anak pertama bagi pasangan Katy Perry dan Orlando Bloom.

Foto – Celebs First / Daily UK News

Gigi Hadid

Model terkenal Gigi Hadid dan pasangannya, Zayn Malik telah dikurniakan anak pertama mereka iaitu Khai pada September 2020.

Nur Fazura 

Aktres kesayangan Malaysia ini telah melahirkan anak pertamanya iaitu Nur Fatima Aisha pada bulan Oktober tahun lalu.

Eyra Hazali 

Berkahwin dengan penjaga gol pasukan JDT, Eyra telah melahirkan anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish pada Ogos 2020.

Sophie Turner 

Aktres Game Of Thrones telah melahirkan Willa pada Julai 2020 iaitu anak pertamanya bersama pasangan, Joe Jonas.

Foto – Pinterest

Zahirah MacWilson 

Diberi nama Isaac Raes, aktres Zahirah melahirkan putera sulungnya di Australia pada awal tahun ini.

Selain menunggu sambutan Hari Ibu, kamu sebenarnya boleh menghargai pengorbanan dan usaha ibu setiap hari. Sayangi dan hargai penat lelah mereka.

Last but not least, Wanista ucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar sebagai ibu!

The post Sempena Hari Ibu, 6 Selebriti Ini Pertama Kali Sambut Sebagai Ibu appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584