Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Hubungan 5 Pasangan Selebriti Korea Ini Masih Utuh Sampai Sekarang

$
0
0

Bila kita lihat balik berapa ramai selebriti Korea yang mahu berkongsi kisah percintaan mereka pada umum. Tak ramai, semuanya kerana kekangan kontrak dan penilaian netizen Korea yang sebenarnya merosakkan lagi perhubungan mereka.

Tapi ada juga yang mengambil pendekatan memberitahu umum dan tidak lagi mahu berahsia seperti selebriti berikut, di mana hubungan percintaan mereka masih utuh sampai sekarang, ada yang bertahun-tahun lamanya.

Hyuna & Dawn

Percintaan merpati dua sejoli ini mengejutkan peminat dunia hiburan Korea bila mendedahkan status hubungan mereka. Hanya kerana bercinta, Hyuna dan Dawn ditendang keluar dari agensi Cube Entertainment.

Foto – Instagram

Telah berkenalan sejak tahun 2018, Hyuna dan Dawn sekarang selesa berkongsi bibit-bibit bahagia mereka di media sosial.

Hyeri & Ryu Jun Yeol

Pasangan Reply 1988, Hyeri dan Ryu Jun Yeol telah bersama bertahun-tahun dan ya mereka masih lagi utuh.

Foto – Twitter

Pada 16 Ogos 2017, agensi Ryu Jun Yeol menyatakan bahawa keduanya sedang bercinta ‘berkembang dari manjadi teman kepada pasangan,’ dan berita tersebut turut disahkan oleh agensi Hyeri.

SNSD Sooyoung & Jung Kyung Ho

Jung Kyung Ho dan Sooyoung mula bercinta pada bulan September 2012 dan dikenali sebagai pasangan selebriti paling lama.

Foto – Soompi

Peminat menyambut berita percintaan mereka dengan hati terbuka sehinggalah sekarang, memasuki tahun kesembilan.

Kim Woo Bin & Shin Min Ah

Pasangan tinggi lampai ini mengumumkan hubungan mereka pada tahun 2015.

Foto – Allkpop

Sekarang enam tahun menjalinkan hubungan cinta, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah dilaporkan sudah membuat perancangan untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin

Pasangan ini bertemu buat pertama kali di set Running Man pada tahun 2016, keserasian on-screen mencuri tumpuan dan siapa sangka terus berkembang hingga ke luar set.

Foto – Allkpop

Sehingga kini Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin masih bahagia dan utuh bersama walaupun mereka tidak mempunyai banyak waktu bersama.

Seronok dengar cerita percintaan mereka, di harap hubungan terus kekal hingga ke jinjang perkahwinan.

The post Hubungan 5 Pasangan Selebriti Korea Ini Masih Utuh Sampai Sekarang appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583