Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

8 Filem Tema Persahabatan Paling Best Pilihan Wanista

$
0
0

Setelah penat bekerja cuba rehatkan diri dengan menonton beberapa buah filem yang mampu menceriakan hari anda. Ingin tonton filem yang tidak berat dan kelakar. Terasa ingin tonton filem lebih ke arah persahabatan.

Yang mana paling best? Wanista senaraikan.

Mean Girls

Rasanya filem ini menjadi pilihan sehingga ke hari ini, filem lakonan Lindsay Lohan ini menceritakan seorang gadis bernama Cady Heron (lakonan Lindsay Lohan) yang memasuki sekolah buat kali pertama selepas lama tinggal di Afrika mendapati dunia kasta remaja di sekolah amat kejam.

Bridesmaids

One of my favourite movie! Filem Bridesmaids arahan Paul Feig mengisahkan persaingan antara beberapa pengapit yang cuba membuktikan siapakah teman rapat kepada pengantin. Wajib tonton kerana sangat kelakar!

Bride Wars

Menceritakan tentang dua sahabat Emma dan Liv mengimpikan perkahwinan di Plaza Hotel dan sanggup bermusuhan antara satu sama lain semata-mata inginkan perkahwinan dilakukan di situ. Sehingga mereka sedar di saat perkahwinan mereka bahawa permusuhan itu tidak menguntungkan.

The Sisterhood of The Traveling Pants

Filem tentang perjalanan hidup empat orang sahabat yang berbeza sikap dan watak tetapi menjadi rapat. Kiranya filem ini memang patut ditonton walaupun jalan ceritanya simple tetapi pengajaran dan penyampaiannya menjadikan filem ini menarik dan sesuai ditonton oleh semua lapisan umur.

Something Borrowed

Penulis sukakan jalan cerita ini, menarik dan simple tetapi cukup memberikan kesan mendalam. Sanggup berkorban untuk kawan tersayang! Sanggup sembunyikan perasaan pada lelaki yang disukai hanya kerana kawan.

The Help

The Help membuktikan bahawa persahabatan mempunyai kuasa untuk mencetuskan revolusi. Emma Stone sebagai Skeeter, seorang penulis yang menjadi kawan kepada pembantu rumah orang kulit hitam. Bersama-sama, mereka menulis satu buku mengenai perjuangan Afrika-Amerika pada 1960-an yang ketika itu berlakunya perkauman.

3 Idiots

Pelakon menghayati watak dengan baik, filem ini mengajar sistem pendidikan yang tepat, jangan hanya membaca buku tetapi fahaminya, selalu tenang dalam menghadapi kesulitan ‘ALL IS WELL’, mengajar tentang erti persahabatan yang kuat, kejar cita-cita kerana minat bukan paksaan, sentiasa berkata jujur dan jangan takut mengejar impian.

Laskar Pelangi

Filem ini sangat indah! Dipenuhi kisah tentang cabaran dan penuh haru tentang perjuangan hidup menggapai impian, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.

Jom tonton sama-sama!

The post 8 Filem Tema Persahabatan Paling Best Pilihan Wanista appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583