Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

10 Selebriti Mengaku Buat Pembedahan Kosmetik, Dan Tak Menyesal

$
0
0

Normal bagi selebriti untuk membetulkan fizikal diri, memandangkan keperluan mereka untuk kelihatan sempurna. Ini tidak bermaksud semua orang melakukannya, tapi kebarangkalian sangat jelas. Bahkan bagi mereka yang melakukan sesuatu, tidak semua orang akan mengakuinya.

Tapi selebriti wanita di bawah sangat bangga dan dengan selamba mengaku membetulkan struktur wajah mereka supaya nampak lagi menarik.

Katy Perry

Foto – Getty

Katy Perry memberitahu dia melakukan rawatan laser untuk kulitnya dan filler di bawah mata bagi memperbaiki lingkaran gelap bawah mata.

Kourtney Kardashian

Foto – Insider

Ibu kepada 3 orang anak ini secara terbuka mengaku membuat implan payudara dan mendakwa itu bukan perkara yang memalukan.

Cardi B

Foto – Billboard

Rapper hebat ini mengakui bahawa dia melakukan suntikan untuk meningkatkan punggungnya (brazilian butt lift)– untuk bentuk yang terletak.

Olivia Colman

Foto – Insider

Bintang The Crown ini tanpa malu mengaku mendapat botox dan menyukai complexion kulitnya yang segar dan glowing.

Ariel Winter

Foto – Maxim

Bintang Modern Family mengaku telah menjalani pembedahan payudara, kerana dia merasa tidak selesa dengan tubuhnya.

Cindy Crawford

Foto – Hello Magazine

Supermodel ini mengaku telah melakukan beberapa prosedur kosmetik dan dia tidak pernah menilai orang sebegini kerana ia adalah pilihan peribadi.

Kylie Jenner

Foto – Andy Kropa

Bukan satu rahsia, Kylie Jenner mengakui melakukan filler di bibir kerana kurang keyakinan dengan bibirnya yang nipis. Siapa sangka prosedur filler telah menetapkan standard baru dalam dunia pembedahan kosmetik, bila mana semua orang inginkan bibir Kylie Jenner.

Park Min Young

Foto – Soompi

Pelakon cantik ini secara terbuka bercakap mengenai pembedahan double eyelid dan telah menjalani operasi hidung kerana struktur hidung yang bengkok ketika sekolah menengah. Katanya menjalani prosedur telah banyak membantu dalam mengembalikan perasaan dirinya yang berharga.

Jung Chaeyeon

Foto – Amino

Pelakon dan ahli kumpulan DIA ini mengaku telah menjalani prosedur membetulkan hidung (rhinoplasty). Tetapi menepis dakwaan pembedahan kelopak mata dan menjelaskan itu matanya semula jadi.

RUJUKAN : 12

The post 10 Selebriti Mengaku Buat Pembedahan Kosmetik, Dan Tak Menyesal appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584