Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Tahniah! Kylie Jenner Kongsi Video Di IG, Sah Hamil Anak Ke-2

$
0
0

Terjawab teka-teki netizen sama ada Kylie Jenner hamil anak kedua atau tidak berdasarkan warna kuku dan beberapa hints lain yang dimuat naik di Instagram. Semalam, usahawan dan pemilik Kylie Cosmetics ini berkongsi berita tentang kehamilan keduanya.

Video pendek yang berdurasi selama 90 saat di Instagram, Kylie mendedahkan dia sedang hamil anak kedua bersama kekasihnya, Travis Scott. Pasangan ini sudah mempunyai seorang anak perempuan iaitu Stormi Webster yang berusia 3 tahun.

Foto – @kyliejenner (Instagram)

Menerusi video tersebut, Kylie telah memaparkan beberapa klip pendek yang mengesahkan kehamilannya seperti ujian kehamilan, ujian ultrasound bersama kekasih dan anaknya serta ibu Kylie yang teruja melihat gambar sonogram.

“Ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup saya!”, ujar ibu Kylie, Kris Jenner.

Untuk pengetahuan kamu, berita mengenai kehamilan Kylie Jenner sudah tersebar beberapa bulan yang lalu. Tetapi Kylie dan Travis mengambil keputusan untuk mengumumkan kehamilan keduanya pada waktu yang tepat dan sesuai.

Tahniah Kylie Jenner dan Travis Scott untuk berita gembira ini!

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Tahniah! Kylie Jenner Kongsi Video Di IG, Sah Hamil Anak Ke-2 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583