
Siapa binge-watching ‘Squid Game’ dalam sehari? Berbaloikan…
Melalui sembilan episod penuh dengan adegan suspen, pertumpahan darah yang dramatik, drama aksi ini bikin anda sesak nafas dari awal hingga akhir. Disertai dengan lakonan cemerlang para pelakon yang cukup menghidupkan setiap babak sehingga kita turut sama merasai apa yang dialaminya.
‘Squid Game’ menceritakan tentang 456 orang yang kurang bernasib baik yang dibebani dengan hutang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sebuah permainan, tanpa mengetahui nyawa mereka juga tergadai.
Jika anda peminat cerita yang berkisarkan survival game, berikut cerita lain dengan konsep yang sama berbaloi tonton.
Alice in Borderland
Alice in Borderland paling hampir dengan dengan ‘Squid Game’. Seorang gamer dan dua rakannya mendapati hanya diri mereka saja yang tinggal di bandar Tokyo, yang tiba-tiba kosong tanpa seorang manusia. Untuk bertahan, mereka perlu bersaing dalam permainan cukup mencabar.
The Society
The Society, mengikuti sebuah perjalanan remaja yang terpaksa meneruskan hidup selepas misteri kehilangan ibu bapa mereka. Mereka harus bekerjasama untuk menyelesaikan misteri utama ini dan mengembalikan dunia kembali normal.
Black Mirror
Siri ini pada asasnya meramalkan apa yang akan berlaku di masa depan. Setiap episod merangkumi permainan video yang menyeramkan, pertandingan nyanyian, platform penilaian media sosial yang luar biasa, dan banyak lagi.
Sense8
Apabila lapan orang asing di seluruh dunia mendapati diri mereka terhubung dengan cara yang luar biasa, mereka mesti mencari jalan untuk mencegah penglihatan ganas dari hidup. Sci-fi ini mendorong sekumpulan orang untuk melawan kekuatan jahat.
Nanti bolehlah streaming siri-siri ini di Netflix.
The post 5 Cerita Best Kalau Kamu Sukakan Siri Seperti ‘Squid Game’ appeared first on Wanista.com.