Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Ditegur Jangan Jadikan Tubuh Wanita Seperti Haiwan, Ini Kata-Kata Kak KM Tentang Dosa & Aurat

$
0
0

Siapa sahaja tak kenal dengan usahawan wanita yang begitu popular kerana aksinya yang menjolok mata di media sosial. Kepada yang mengikuti Kak KM atau nama asalnya Liana Rosli di Instagram, pasti akan terhibur melihat aksi manjanya.

Walaupun usianya hampir mamasuki usia 40 tahun, namun penampilan dan gaya hidupnya tak ubah seperti remaja. Lihat sahaja aksi menggodanya jika mempromosikan produk yang diusahakan, pasti ramai lelaki yang tergoda.

Foto: Instagram @sweetdara_kakkm

Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini sekali lagi mencetuskan kontroversi. Gara-gara penampilannya yang semakin seksi, netizen meminta pendakwah bebas PU Syed untuk memberi nasihat.

Menurut PU Syed, dia sudah beberapa kali tegur Kak KM namun tiada hasil. Malah PU Syed turut menasihati Kak KM bahawa tubuhnya itu bukan seperti haiwan yang boleh ditonton senang-senang oleh makhluk lain kecuali mahramnya sahaja.

Kak KM Buka Mulut

Foto: Instagram @sweetdara_kakkm

PU Syed telah berkongsi teguran ini secara terbuka di media sosial, justeru membuatkan Kak KM buka mulut.

“Kau nak cakap aku pendosa, kau nak cakap duit aku tak berkat. Eh kau kalau betul, kau dah tegur aku cara baik bukan memalukan macam tu. Semua orang baca, nak orang pandang kau apa? Mulia?

Tapi bukanlah kata kau nasihat aku sekarang, aku terus nak pakai tudung, tutup litup. Melainkan kalau tiba-tiba tersedar, tiba-tiba dapat hidayah. Hidayah milik Allah SWT.”-katanya kepada Mstar.

Sebelum ini, Kak KM ada membuat kenyataan bahawa dia mahu mengurangkan aksi tarian gelek apatah lagi umurnya sudah meningkat dan kini sedang hamil.

“Umur pun dah meningkat! Bila orang dah kenal kita rasanya tak perlu lagi buat macam dulu. Sekarang ni pun anak dah besar, biarlah mereka pula yang gelek. Nampak kelakar pula tengah mengandung ni nak bergelek macam tu,” ujarnya.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Kak KM.

The post Ditegur Jangan Jadikan Tubuh Wanita Seperti Haiwan, Ini Kata-Kata Kak KM Tentang Dosa & Aurat appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583