Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Kecewa Dan Terkejut Payudara Dicengkam, Emily Ratajkowski Dedah Perangai Buruk Robin Thicke

$
0
0

Sesiapapun akan bengang jika ada mana-mana lelaki yang mengambil kesempatan terhadap diri kita sebagai wanita. Lagi-lagi jika mereka cuba menyentuh bahagian peribadi, ini memang tidak dapat dimaafkan.

Begitulah yang terjadi kepada aktres dan model antarabangsa, Emily Ratajkowski. Seperti yang dilaporkan oleh laman hiburan Buzzfeednews, wanita cantik ini meluahkan rasa kecewanya setelah mengaku menjadi mangsa gangguan seksual oleh penyanyi dan penulis lagu terkenal, Robin Thicke.

Foto: Jacopo Raule / Getty Images

Seperti yang tertulis sebuah media The Sunday Times, Robin Thicke melakukan pelecehan seksualnya di lokasi penggambaran video muzik Blurred Lines tahun 2013. Pada awalnya, Emily sangat gembira menjayakan sebuah pembukinan video muzik tersebut.

Namun, perasaan itu berubah apabila Thicke yang ‘separuh mabuk’ tiba-tiba menyentuhnya di set.

“Tiba-tiba entah dari mana, saya merasa kaku apabila tangannya mencengkam payudara saya dari belakang. Saya secara terus bergerak, melihat ke belakang dan itu adalah Robin Thicke,” tulisnya dalam buku itu.

“Dia tersengih dan matanya tersembunyi di balik kacamata hitamnya. Kepalaku menjadi gelap hingga suara (pengarah) Diane Martel membangunkanku dengan berkata, ‘Adakah kamu baik-baik saja?’,” Sambungnya.

Robin Thicke sendiri tidak memberi respons kepada berita mengerikan ini. Dalam pada itu, Ratajkowski menambah bahawa dia berharap dengan perkongsian pengalamannya yang “buruk” itu membantu wanita lain yang pernah berada dalam situasi serupa.

The post Kecewa Dan Terkejut Payudara Dicengkam, Emily Ratajkowski Dedah Perangai Buruk Robin Thicke appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583