
Bukan kaya biasa-biasa, ini sudah level kayangan punya kaya!
Untuk tahun 2021, enam penyanyi K-Pop ini disenaraikan sebagai selebriti yang paling terkaya. Miliki pelbagai bakat, ada yang menjadi pelakon dan ada juga yang menjadi duta bagi jenama-jenama terkenal.
Jom lihat siapakah K-Pop idol kayangan tersebut di bawah;
IU (RM130 Juta – RM188 Juta)
Disebabkan oleh mahu mengubah hidupnya, IU berjaya buktikan dirinya adalah K-Pop idol yang paling berjaya sehingga hari ini. Penyanyi kecil molek ini telah menulis lebih daripada 50 lagu untuk albumnya sendiri, artis lain, drama dan filem sehingga mendapat kelebihan royalti.
Pada masa yang sama, IU juga melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dengan beberapa jenama mewah seperti Samsung, Sony Korea, Guess dan banyak lagi.
Dara (RM125 Juta)
Sandara Park atau Dara pernah anggotai kumpulan 2NE1 sebelum dibubarkan pada tahun 2016. Selepas itu, dia menceburkan diri dalam bidang lakonan dan pengiklanan.
Dia telah mendapat beberapa tawaran iklan jenama besar dan mewah seperti Clio, Etude House, Nikon, Head And Shoulders dan banyak lagi. Selain itu, Dara juga menjadi YouTuber yang berjaya menerusi akaunnya Dara TV yang memiliki 1.3 pengikut.
BoA (RM105 Juta)
Queen of K-Pop ini bukan sahaja terkenal di Korea Selatan, malah di Jepun dan seluruh Asia Timur juga. Debut pada tahun 2000, BoA mengeluarkan 20 album studio dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Korea.
BoA juga pernah menjadi hakim dalam rancangan realiti iaitu K-Pop Star, berlakon dalam beberapa filem dan drama Korea serta membintangi filem tarian Hollywood iaitu “Make Your Move 3D” bersama aktor Derek Hough.
Yoona (RM105 Juta)
“Gee Gee Gee Gee baby baby baby”
Pernah anggotai kumpulan Girls’ Generation yang popular satu ketika dahulu, nama Yoona semakin naik dalam industri hiburan sehingga dipanggil untuk memegang beberapa watak dalam drama di Korea dan China.
Antara lakonannya yang popular adalah “The King In Love”, “Hush”, “The K2”, “God Of War”, “Zhao Yun” dan banyak lagi. Malah Yoona juga pernah diangkat sebagai CF Queen apabila dia tampil di lebih 40 iklan jenama.
Bae Suzy (RM105 Juta)
Selepas kumpulan Miss A dibubarkan pada tahun 2017, Bae Suzy membina kerjaya sebagai pemuzik dan pelakon. Pendapatan yang diperolehi dalam drama dikatakan mencecah sehingga RM70K bagi satu episod.
Selain itu Suzy juga meraih pendapatan sebagai duta bagi beberapa jenama besar seperti Reebok, Swavroski dan Kerasys. Pada masa yang sama, Suzy turut mempunyai hartanah peribadi di Gangnam yang bernilai lebih RM16 juta.
BLACKPINK Lisa (RM42 Juta – RM59 Juta)
Dalam BLACKPINK, Lisa didakwa merupakan ahli yang mempunyai pendapatan yang paling tinggi. Berasal daripada Thailand, Lisa memiliki kelebihan untuk meraih populariti yang tinggi dan membantu menaikkan nama BLACKPINK sehingga memiliki kelab peminat terbesar di Asia Tenggara.
Selain miliki bakat menyanyi, Lisa juga mendapat gelaran sebagai ikon fesyen apabila dilamar menjadi duta bagi beberapa jenama besar seperti Prada, Samsung, Adidas, Celine dan BVLGARI.
Jika sekali pandang memang mustahil untuk jadi kaya sampai begini. Tetapi berkat usaha dan minat mereka memang layak sangatlah digelar K-Pop idol paling terkaya!
The post Geng Kayangan 2021, 6 K-Pop Idol Ini Disenaraikan Paling Terkaya appeared first on Wanista.com.