
Kontroversi Kim Seon Ho (KSH) menjadi lebih hangat apabila satu rakaman suara mendedahkan perangai sebenar bekas kekasihnya, Choi Young Ah (CYA).
Dipetik daripada YouTube Lee Jin Ho dan Allkpop, berikut adalah beberapa fakta mengenai perangai sebenar CYA.
#1 CYA Pernah Berkahwin Dan Bercerai
Dispatch mendedahkan CYA bertemu KSH menerusi kenalan pada penghujung 2019. Pada Mac 2020, hubungan mereka mula serius dan CYA memberitahu KSH bahawa dia pernah berkahwin dan telah bercerai.
Info untuk kamu, CYA dan bekas suaminya bercerai selepas 17 hari berkahwin dan sebab perpisahan mereka masih menjadi rahsia.
Walaupun KSH tahu CYA seorang janda, dia tetap mahu teruskan hubungan tersebut kerana sukakannya.
#2 Selepas Mengugurkan Bayi, KSH Jaga CYA
Selain itu Dispatch juga mendedahkan perbualan di antara KSH dan rakannya di mana aktor itu sangat gembira akan kehamilan CYA. Disebabkan oleh beberapa faktor, mereka terpaksa menggugurkan kandungan tersebut dan KSH menjaga CYA selama 2 minggu.
KSH juga memperkenalkan CYA pada ibu bapanya dan tinggal bersama buat seketika. Tambahan pula, KSH turut membela anjing Shiba Inu yang diberi nama Ho-Ah supaya CYA tidak kesunyian.
#3 Hubungan Putus Kerana CYA Kerap Menipu
Tak lama selepas itu KSH memberitahu rakannya bahawa dia telah memutuskan hubungan mereka kerana CYA sering menipunya.
“Subuh semalam, saya telah menangkap dia berbohong. Dulu saya pernah maafkannya kerana menipu saya. Tetapi menipu lagi selepas pergi ke tempat lelaki dan berpura-pura tidak pergi.
Bila saya beritahunya, dia fikir saya bercakap tentang hal lain dan memberitahu dia berjumpa dengan lelaki lain pada masa yang berbeza.”
#4 Bekas Suami Muncul Dalam Podcast
Manakala YouTuber Lee Jin Ho memuat naik video yang mendedahkan rakaman suara bekas suami CYA. Ujarnya bekas suami CYA pernah muncul dalam podcast tetapi dia tidak tahu tentang identitinya.
Walaupun lelaki tersebut tidak mendedahkan dirinya bekas suami CYA, YouTuber tersebut dapat mengetahui identitinya selepas melakukan siasatan.
#5 Perbicaraan Perceraian Terlalu Lama
Akui bekas suami CYA, selepas 17 hari berkahwin mereka memutuskan untuk bercerai. Bekas suaminya mendakwa perbicaraan perceraian mereka menjadi terlalu lama.
“Semasa perbicaraan, ada satu ketika dia datang seperti gelandangan untuk kelihatan menyedihkan. Dia juga mengatakan mahu melindungi perkahwinan ini kerana tanggungjawabnya.”
#6 Menghabiskan Wang Dengan Banyak
Tambah lelaki itu sepanjang tempoh perbicaraan, CYA telah membelanjakan wang dengan banyak untuk pembedahan plastik.
Malah bapa CYA juga pernah meminta wang sebanyak RM600K untuk membayar hutangnya. Tambahan pula bapa CYA memaksa lelaki itu untuk menandatangani surat cerai dengan segera tanpa melibatkan mahkamah.
#7 Ahli Keluarga Mula Duduki Rumah CYA Dan Bekas Suaminya
Akui lelaki itu, sepanjang perbicaraan berlangsung, dia tidak tinggal serumah dengan CYA. Sejak daripada itu, keluarga CYA mula tinggal di rumahnya.
“Saya tinggalkan rumah itu dan keluarganya pindah masuk supaya saya tidak boleh balik. Apa yang kelakarnya bila saya balik untuk mengambil barang, CYA telah memasang CCTV. Saya rasa dia pasang CCTV kerana takut saya pulang bila dia tiada di rumah.”
#8 Curang Dengan 3 Lelaki & Ada Sugar Daddy
Selepas melihat CCTV dalam rumahnya, bekas suami CYA mengambil hard disk tersebut untuk dijadikan bukti.
“CYA telah membawa 3 lelaki ke rumah untuk tidur bersama sepanjang tempoh 3 minggu. 3 lelaki tersebut adalah berbeza dan dia akan melakukannya di atas sofa.
2 daripadanya lelaki muda yang berasal dari bar dan seorang lelaki pula adalah tua. Dia adalah Sugar Daddy. Saya telah menyiasat dan mendapati CYA ditaja sebelum berkahwin.”
Melihatkan pendedahan perangai sebenar CYA, netizen Korea curiga sama ada kehamilannya semasa bersama KSH itu adalah anak aktor tersebut atau pun tidak.
The post “Curang Dengan 3 Lelaki, Siap Ada Sugar Daddy”- Rakaman Suara Dedah Perangai Sebenar Ex GF Kim Seon Ho appeared first on Wanista.com.