Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Seriuslah?! Hubungan Zayn Malik Putus Selepas ‘Pukul’ Mak Gigi Hadid?

$
0
0

Memang terkejut sangat selepas tahu supermodel Gigi Hadid dan penyanyi Zayn Malik telah putuskan hubungan mereka buat kali ketiga!

Ada yang mengatakan perpisahan yang berlaku baru-baru ini berlaku disebabkan oleh Zayn dituduh telah ‘memukul’ ibu Gigi, Yolanda Hadid.

Apa Yang Berlaku Sebenarnya? 

Sekitar minggu lalu, Zayn telah dituduh memukul Yolanda Hadid secara fizikal. Atas tuduhan tersebut, Yolanda mendedahkan mahu memfailkan laporan polis terhadap penyanyi itu.

Foto – Pinterest

Selepas ditanya mengenai dakwaan tersebut, Yolanda bertindak mendiamkan diri. Manakala Gigi pula menjelaskan mahu fokus pada anaknya, Khai dan bukannya masalah keluarga.

“Gigi minta ruang untuk fokus pada yang terbaik untuk Khai. Dia meminta privasi dari semua orang ketika ini.”

Zayn Tidak Mengaku Pukul Yolanda 

Dipetik daripada TMZ, Zayn dengan tegasnya menolak tuduhan bahawa dia telah memukul ibu kekasihnya, Yolanda. Mintanya lagi, dia berharap agar Yolanda menarik semula dakwaan palsunya itu.

“Saya dengan tegasnya menafikan telah memukul Yolanda. Dan demi anak perempuan saya, saya enggan berikan butiran lanjut. Saya juga berharap Yolanda pertimbangkan semula dakwaan palsunya dan bergerak ke arah menyelesaikan masalah keluarga secara privasi.”

Gigi Ambil Keputusan Putuskan Hubungan 

Manakala sumber dari People pula, disebabkan oleh Zayn dituduh telah memukul ibunya, Gigi putuskan hubungan mereka. Pasangan ini telah menjalinkan hubungan sejak tahun 2015 dan berpisah pertama kali pada Mac 2018.

Foto – Pinterest

Mereka menjalinkan semula hubungan pada April 2018 sebelum berpisah kali kedua pada Januari 2019. Untuk kali ketiganya mereka menjalinkan semula hubungan pada Disember 2019 dan mempunyai anak perempuan, Khai.

Zayn Jelaskan Perkara Sebenar 

Menerusi Twitter, Zayn telah menjelaskan keadaan sebenar mengenai Yolanda beberapa jam sebelum pasangan ini berpisah. Ujarnya pergaduhan dengan Yolanda berlaku selepas ibu Gigi ‘memasuki’ rumahnya semasa Gigi tiada dan tanpa pengetahuan Zayn.

Foto – Twitter

Tambahnya lagi pertengkaran ini merupakan hal peribadi dan tidak perlu dikongsi dengan orang luar. Apatah lagi dia menitik beratkan suasana yang aman untuk anaknya membesar tanpa diganggu oleh pihak media.

Sumber dari TMZ dan People mendedahkan tiada sebarang laporan polis dibuat terhadap Zayn Malik. Semoga Gigi dan Zayn dapat selesaikan masalah ini dengan segera dan get back together again!

RUJUKAN: 1, 2, 3

 

The post Seriuslah?! Hubungan Zayn Malik Putus Selepas ‘Pukul’ Mak Gigi Hadid? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles