Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Produksi ‘My Name’ Dikecam Teruk Kerana Han So Hee Dedah Tak Tahu Ada Adegan Seks? Ini Penjelasanya

$
0
0

Ramai yang terkejut setelah Han Soo Hee mendedahkan dia tidak tahu tentang adegan seks dalam siri Netflix ‘My Name’. Akuinya adegan tersebut diberitahu ketika sedang menjalani penggambaraan.

“Saya dengar tentang adegan itu semasa kami di tengah penggambaraan. Pada mulanya saya tertanya-tanya adakah adegan ini akan okay atau tidak.

Setelah berbincang dengan penulis dan pengarah, saya mentafsirkan adegan ini membuatkan Ji Woo menunjukkan siri dirinya yang lebih berperikemanusiaan.”

Setelah kenyataan itu dikeluarkan, rata-rata netizen Korea mula mengecam tindakan team produksi ‘My Name’ kerana tidak mendapatkan persetujuan aktres itu terlebih dahulu. Melihatkan salah faham dalam kenyataan aktres ini, agensinya 9Ato Entertainment menjelaskan perkara sebenar.

Foto – Forbes

“Helo ini 9Ato Entertainment. Kami ingin menjelaskan spekulasi bahawa adegan tertentu dalam siri Netflix ‘My Name’ telah ‘diputuskan’ dengan serta merta tanpa persetujuan terlebih dahulu.

20 Oktober 2021 lalu, aktres Han So Hee telah menyatakan bahawa dia tidak mengetahui tentang adegan tersebut. Kami merasakan kenyataan ini telah menimbulkan salah faham.”

Agensi Han So Hee mendedahkan adegan seks dalam ‘My Name’ sudah dibincangkan sebelum penggambaraan. Malah adegan tersebut bakal dirakam untuk menunjukkan perubahan emosi watak Ji Woo.

Foto – GMA Network

“Selepas membincangkan adegan itu perlu untuk menunjukkan sisi kemanusiaan Ji Woo, kami meneruskan setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pelakon dan kakitangan. Pengarah dan penulis juga banyak berbincang dan memikirkan bagaimana untuk meluahkan adegan tersebut.”

Tambah agensinya lagi, pihaknya berharap agar orang ramai tidak membuat spekulasi palsu setelah kebenaran mengenai adegan tersebut sudah dipersetujui oleh kedua-dua pelakon.

Foto – Pinterest

“Kami ingin memaklumkan bahawa adegan itu dirakam selepas kru produksi dan pelakon berkongsi pendapat dan idea. Walaupun ada kebimbangan dan kesukaran tentang adegan itu, kami ingin menangani secara langsung tentang spekulasi tersebut.

Pada masa hadapan, sila elakkan daripada membuat andaian palsu dan salah faham berkaitan isu ini. Terima kasih.”

Siri Netflix ‘My Name’ menceritakan tentang Yoon Ji Woo (Han So Hee) yang menyertai sindiket dadah dan polis. Tujuannya adalah untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian bapanya. Dia digandingkan dengan Jeon Pil Do (Ahn Bo Hyun) iaitu detektif unit siasatan dadah dalam misi kebenaran ini.

RUJUKAN: 1, 2

The post Produksi ‘My Name’ Dikecam Teruk Kerana Han So Hee Dedah Tak Tahu Ada Adegan Seks? Ini Penjelasanya appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583