
Jenazah selebriti dari Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya Bibi Ardiansyah dikebumikan. Jenazah kedua-duanya baru tiba di rumah pengebumian di taman perumahan Permata Mediterania, Jakarta Barat, sekitar jam 04.30 waktu Indonesia barat pagi.
- Foto: Kumparan
Jenazah Vanessa dan Bibi dalam peti putih dibawa masuk untuk keluarga dan sanak saudara membaca ayat-ayat al-Quran, bacaan tahlil, tasbih, dan tahmid.
Saat itu, terdengar pula suara dari seorang pemimpin doa yang menyebut bahwa Vanessa dan Bibi meninggal syahid.
“Jadi Vanessa Angel mati syahid. Syahid terus ke syurga, tiada hisab. Semoga Vanessa diampunkan dosanya dan diterima amal solehnya,” kata imam solat.
Dalam pada itu, sebelum ini pendakwah bebas Ustaz Khalid Basalamah dan menjelaskan tentang mati syahid dalam kemalangan.
Penjelasan Ustaz Khalid Basalamah
Memetik ceramah Ustaz Khalid Basalamah yang tersebar di YouTube, seseorang yang maut dalam kemalangan diklasifikasikan sebagai syahid.
Video : Youtube GoHijrah
Ustaz Khalid memberi contoh dengan orang yang ditimpa kemalangan ketika pulang.
“Selama ini kita melihat kecelakaan pada saat pulang rumah merupakan musibah, berdasarkan yang Ustaz sampaikan bererti mereka mati syahid karena kecelakaan memandu kereta, benarkah demikian? Benar, itu dalil yang ada,” dedahnya.
Vanessa dan Bibi meninggal dunia dalam kemalangan maut di tol Jombang ketika memandu dari Nganjuk ke Surabaya pada Khamis (5/11).
Kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu Tubagus Jody yang tertidur ketika memandu.
The post Vanessa Angel & Suami Disebut Mati Syahid? Ini Penjelasan Ustaz Khalid Basalamah appeared first on Wanista.com.