
Gangguan seksual, manipulasi dan sebagainya boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira masa. Tetapi disebabkan oleh pendapat masyarakat, ramai mangsa gangguan seksual tidak berani untuk bersuara.
Lain pula seperti beberapa mangsa ini, mereka berani bersuara mendedahkan aktor Korea Selatan ini pernah melakukan gangguan seksual dan manipulasi.
Nak tahu aktor Korea Selatan manakah yang terpalit dengan kontroversi gangguan seksual dan manipulasi, scroll di bawah!
Lee Seo Won
Angan-angan menjadi pelakon terkenal nampaknya terkubur setelah aktor Lee Seo Won terlibat dalam kontroversi gangguan seksual. Kontroversi ini terjadi apabila dia pergi ke sebuah kelab malam.
Ketika itu aktor ini telah bertemu dengan seorang perempuan dan memaksanya untuk mencium aktor tersebut. Pada masa yang sama dia juga telah meraba-raba perempuan tersebut.
Malah aktor ini juga telah menggugut perempuan ini ketika dia mahu menghubungi teman lelakinya untuk mendapatkan bantuan.
Kang Ji Hwan
Pada tahun 2019, Kang Ji Hwan didakwa telah pulang ke rumah bersama dua pekerja wanita di agensinya selepas makan malam syarikat.
Semasa kedua-dua wanita itu sedang tidur, Kang Ji Hwan melakukan serangan seksual. Akibat daripada ini agensinya telah ‘membuang’ dan melarang aktor ini daripada muncul di kaca televisyen.
Park Yoo Chun
Terkenal dalam drama “I Miss You“, Park Yoo Chun didakwa terlibat dalam kontroversi penggunaan dadah dan gangguan seksual di sebuah kelab malam.
Aktor ini dituduh melakukan gangguan seksual pada lima wanita yang menjadi mangsanya. Mahkamah ketika itu memutuskan Park Yoo Chun tidak bersalah kerana tuduhan mangsa tidak jelas.
“Selepas mengalami keganasan seksual, mangsa tidak meminta pertolongan. Sebaliknya berbual dan bergelak ketawa dengan rakan-rakannya. Malah mangsa juga telah memeras ugut agensi C-Jes Entertainment.”
Kim Hyun Joong
Popular dalam drama “Boys Over Flowers“, Kim Hyun Joong telah dituduh menyerang bekas kekasihnya secara seksual sehingga hamil.
Malah aktor ini juga dilaporkan telah menggunakan kekerasan secara fizikal bagi menggugurkan kandungan tersebut. Kesan daripada itu bekas kekasihnya mula mengalami tekanan yang teruk.
Tak lama kemudian bekas kekasihnya menarik semula aduan dan aktor tersebut memfailkan saman kerana menyebarkan berita palsu. Mahmakah ketika itu menyatakan Kim Hyun Joong tidak bersalah.
Lee Kyung Young
Familiar kan muka aktor ini? Pernah membintangi drama “The World Of The Married“, Lee Kyung Young pernah terlibat dalam kontroversi pelacuran kanak-kanak di bawah umur.
Aktor ini didakwa telah memanipulasi dan mengeksploitasi pelakon bawah umur untuk melakukan hubungan seks dengannya. Atas tuduhan tersebut, aktor ini telah dijatuhi hukuman yang setimpal.
Macam tak percaya pula aktor-aktor ini terlibat dengan kontroversi gangguan seksual dan manipulas. Seram ye sampai meremang bulu roma!
The post 5 Aktor Korea Selatan Terpalit Dengan Kontroversi, Dari Gangguan Seksual Sehingga Manipulasi appeared first on Wanista.com.