Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Aktres Brooke Shields Tak Menyesal Berlakon Adegan ‘Melacur’ Masa Umur 12 Tahun

$
0
0

Beliau merupakan salah seorang wanita tercantik di dunia. Sejak debut di usia muda hinggalah sekarang, kecantikan wanita ini masih menjadi perbualan ramai.

Sebut saja nama Brooke Shields sudah terbayang rupa parasnya ketika kecil, dengan kening tebal, senyuman manis dibarisi gigi putih indah, bertubuh tinggi lampai, rambut panjang, wanita ini memang tak jemu dipandang.

Foto – Arkib Wanista

Karier model dan lakonan menjadikannya sebagai ikon tahun 80-an. Beliau menjadi terkenal kerana peranannya dalam filem kontroversi Pretty Baby dan The Blue Lagoon dan sejak itu menjadi perhatian.

Spotlight Kerana Kontroversi

Brooke Shields mencipta kemashuran di usianya masih kecil. Pada tahun 1978, ketika berusia 12 tahun, beliau memainkan watak seorang pelacur kanak-kanak dalam filem kontroversi Pretty Baby.

Foto – Arkib Wanista

Beliau memainkan watak sebagai pelacur dan mengambil bahagian dalam beberapa adegan (melacur dan berbogel) yang ditentang hebat oleh industri filem pada masa itu. Hal ini menyebabkan banyak komen negatif, yang kebanyakannya menyalahkan ibunya, Teri Shields kerana membiarkan anak perempuannya yang kecil mengambil bahagian dalam filem itu.

Foto – Pretty Baby

Lebih dari tiga dekad selepas itu, Brooke Shields muncul dalam filem The Blue Lagoon. Berdasarkan sebuah novel yang terkenal, filem ini menceritakan kisah dua kanak-kanak yang terperangkap di sebuah pulau tropika bersama-sama yang akhirnya mencapai akil baligh dan saling jatuh cinta.

Foto – Poster

Filem yang keluar pada tahun 1980 itu mengejutkan industri kerana memaparkan banyak adegan explicit. Brooke baru berusia 14 tahun pada masa itu sementara bintang lelaki, Christopher Atkins, berusia 18 tahun.

Walau bagaimanapun, sebilangan besar adegan bogel menggunakan teknik double body. Walaupun begitu, filem ini tetap dikritik kerana menggambarkan seorang gadis muda yang topless dengan hanya rambut yang menutupi payudara.

Foto – Arkib Wanista

Dilaporkan, beberapa adegan bogel dalam Pretty Baby juga bukan darinya. Mereka juga melakukan teknik double body.

Dikongkong Ibu Sendiri

Kehidupan Brooke kelihatan sempurna di luar, tapi realitinya berbeza sama sekali. Hampir kesemua pemilihan projek juga ditentukan oleh ibunya sendiri.

Kariernya berkembang pesat, diikuti dengan tekanan yang diberikan ibu kepadanya. Ibu Brooke, Teri Shields mengawal kehidupan peribadi dan profesional anak perempuannya dengan mengatakan bahawa dia tahu apa yang terbaik untuk anaknya.

Foto – Ron Galella

Semua tekanan ini akhirnya mempengaruhi mereka berdua, dengan Teri sendiri seorang pemabuk dan Brooke yang terpaksa menjaganya.

Langsung Tak Menyesal

Pada masa ini, Brooke Shields tidak menyesal melakukan filem yang telah membawa namanya hingga ke hari ini.

Bercakap pada Vanity Fair;

“Ia adalah projek kreatif terbaik pernah saya lakukan. Kumpulan orang terbaik yang saya bekerja. Namun, pengalaman ketika membuat dan mempromosikan filem itu, dan trauma masa kanak-kanak  hampir mendorongnya untuk berhenti buat filem.

Foto – Women Health

Usia 50-an

Brooke menjadi ikon era 80-an dan salah seorang pelakon yang paling berjaya dari generasinya, semua berkat bakat, kecantikan dan karisma yang ditonjolkan.

Sehingga hari ini meniti usia senja, wanita ini sentiasa berusaha untuk mencapai perkara baru yang lebih banyak di masa hadapan.

RUJUKAN : 123

The post Aktres Brooke Shields Tak Menyesal Berlakon Adegan ‘Melacur’ Masa Umur 12 Tahun appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583