
Macam-macam cara nak memikat hati seseorang yang kita dah lama ‘crush’. Tak kira lah orang yang kita suka itu, orang biasa ataupun selebriti popular, demi crush, sanggup buat apa-apa sahaja.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang merupakan influencer terkenal Filipina, Christian Albert Gaza. Lelaki sangat meminati salah seorang dari ahli kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie sehinggakan sanggup berhabis sehingga RM123,000 semata-mata untuk ‘mencuba nasib’ mengajak penyanyi itu keluar makan malam.
Bila dengar macam tak masuk akal bukan? Tapi kalau dah banyak duit, segalanya boleh jadi. Menurut sumber yang dilaporkan oleh Manila Bulletin, difahamkan, dia telah menempah sebuah papan iklan khas beberapa kilometer daripada pejabat agensi pengurusan Blackpink.
- Foto: The Korea Time
Kalau anda lihat pada Billboard gergasi itu, terpampang wajah dirinya berpakaian formal disamping dengan kapsyen dalam bahasa Inggeris dan Korea.
“Kim Jennie Ruby Jane, you are my ultimate crush. Can I take you out to dinner and make me the happiest man alive?”
Untuk makluman, lelaki ini bukan biasa-biasa dan sudah tentu seorang yang kaya raya. Dalam satu posting, lelaki ini berkata, itu sahaja cara untuknya mendapatkan perhatian Jennie Blackpink.
Menerusi posting lain, lelaki ini mendedahkan dia sebenarnya mahu menghadiahkan penyanyi itu sebuah rumah dan sebidang tanah lot di Korea Selatan.
- Foto: PINKVILLA
Walaubagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian kerana sebelum ini ada kenyataan dari pihak pengurusan BLACKPINK bahawa mereka tidak lagi menerima hadiah daripada peminat.
Dalam pada itu, beberapa fakta telah tersebar dari hasil siasatan peminat tegar BLACKPINK iaitu, Blinks. Mereka menemui bukti bahawa lelaki ini mengusahakan perniagaan yang tidak baik. Malah Blink menasihati agensi, YG Entertainment melindungi penyanyi tersebut.
The post Peminat ‘Crush’ Teruk Dengan Jennie BLACKPINK! Sampai Ajak Makan Malam Pakai Billboard appeared first on Wanista.com.