Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

“OMG! Seriouslah?”- 3 Sebab Kenapa Hana Tajima Buat Keputusan Buka Tudung

$
0
0

Siapa pernah cuba gaya pashmina Hana Tajima yang popular dulu? Tak dinafikan ketika itu, ramai wanita struggle mahu meniru gaya tudung sepertinya. 

Bukan apa gaya ikon hijab yang berbeza ini membuatkan ramai wanita di seluruh dunia mula berjinak-jinak memakai tudung.

Tetapi selepas lebih daripada sedekad, wanita berdarah kacukan Inggeris-Jepun ini secara rasminya mengumumkan dirinya tidak lagi memakai tudung.

Kongsikanya di Instagram baru-baru ini, ini antara sebab mengapa dia memilih untuk membuka tudungnya:

#1 Tekanan Seorang Wanita Berhijab  

Tinggal di New York, Hana mendedahkan dia menghadapi kesukaran untuk mencari keseimbangan dalam dirinya sebagai seorang wanita bertudung.

Foto – @hntaj (IG)

“Saya boleh faham kenapa model hijabi di media sosial memutuskan untuk berhenti bertudung. Kamu mengundang banyak tekanan. Kesempurnaan yang sentiasa diteliti. Lebih-lebih lagi bila tinggal di negara yang mempunyai stigma terhadap wanita bertudung.”

Ujarnya lagi tinggal di negara Barat membuatkan dia mempunyai batas dalam memakai dan menggayakan tudung kerana tekanan yang diterimanya sangat besar.

#2 Sukar Untuk Memakai Hijab Sepenuhnya 

Hana mendedahkan isu mengenai tudung ini sukar untuk dibincangkan walaupun dia sudah memikirkannya dalam jangka masa yang lama.

“Jadi inilah saya. Sukar untuk bincangkan hal ini dan saya sentiasa berbolak balik tentangnya. Beri saya masa untuk terangkan ia dengan baik.

Foto – @hntaj (IG)

Apabila saya menutup rambut dengan tudung, saya tak selalu tutup telinga atau leher. Kadang kala saya juga tidak menutup rambut dengan sepenuhnya.”

Akuinya kebelakangan ini dia tidak lagi menutup auratnya dengan sempurna. Tambah-tambah lagi pabila tudung yang diapakainya tidak menutup telinga, leher dan rambut dengan sepenuhnya.

#3 Mahu Menghargai Diri & Tidak Berpura-Pura

Walaupun dia sudah mengumumkan tidak bertudung lagi, Hana mengatakan dia sangat suka bertudung dan masih belajar untuk memakainya dengan sempurna.

Tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu memaksa dirinya untuk berpura-pura dalam memakai tudung. Malah dia juga mendedahkan tudung bukanlah kayu pengukur untuk kebaikan dan keperibadian seseorang.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Hana Tajima istiqomah dalam menjadi seorang muslimah yang baik.

The post “OMG! Seriouslah?”- 3 Sebab Kenapa Hana Tajima Buat Keputusan Buka Tudung appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583