
Mengaku memiliki orientasi seksual yang berbeza boleh mendatangkan pandangan serong dan kecaman pada seseorang individu, lebih-lebih lagi seorang selebriti.
Di Korea Selatan, ada beberapa selebriti yang berani tampil mengaku akan orientasi seksualnya pada umum.
Tidak hiraukan kecaman yang diterima, ini antara lapan selebriti yang mengaku suka akan kaum sejenisnya.
Jiae
Bekas ahli kumpulan WASSUP, Jiae sekali lagi mengejutkan orang ramai setelah memuat naik gambar dirinya dengan seorang gadis di Instagram. Tulisnya di kapsyen, dia menghadapi kesukaran untuk memilih LG atau BT.
Bukan pertama kali mengaku dirinya sebagai biseksual, penyanyi dan vlogger ini juga mendedahkan dia menyukai lelaki dan wanita. Malah dia juga meminta orang ramai untuk tidak mengkritik dirinya dan kekasihnya.
“Tolong jangan lihat saya sebagai pendosa. Lebih baik awak jaga diri awak, dan bukannya saya.”
Maman
Tampil dengan lagu “Obvious Story” pada tahun 2015, Maman atau pernah dikenali sebagai Magoply mengaku dia adalah seorang lesbian selepas debutnya.
Debut pada tahun 2007, agensinya iaitu Jerry Entertainment mengambil keputusan untuk membuang Maman daripada syarikatnya untuk mengelakkan kontroversi.
KilliAN
Bekas trainer JYP Entertainment iaitu KilliAN pernah menjadi perbualan ramai. Dia mengaku dibuang dari agensi tersebut setelah orientasi seksualnya diketahui. Dedahnya lagi pembuangnya itu bukan sahaja disebabkan oleh orientasi seksualnya, malah identitinya yang bukan rakyat Korea.
“Saya seorang gay tetapi orang Korea sangat konservatif mengenai homoseksual pada masa itu. Jadi akhirnya saya ‘pergi’ disebabkan hal itu.”
Info untuk kamu, KilliAN pernah ‘ditangkap’ selepas didakwa bercinta dengan trainee lelaki di JYP Entertainment.
Aquinas
Aquinas atau Kang Min Soo adalah seorang peserta program High School Rapper 3. Menerusi akaun Instagramnya, Aquinas mendedahkan dia seorang biseksual.
“Tidak dapat bayangkan betapa sukarnya bagi mereka yang mengaku sebagai seorang anggota LGBTQ+.”
Tambahnya dia akan melakukan yang terbaik untuk membantu orang lain dan mendedahkan setiap orang berhak untuk disayangi tanpa mengira orientasi seksualnya.
Holland
Tampil sebagai penyanyi K-Pop pertama yang mengaku sebagai homoseksual, Holland mendedahkan dia mahu suara komuniti LGTQ+ didengari dan diterima di Korea Selatan.
“Holland Entertainment ditubuhkan selepas saya mendapati sangat susah untuk mencari agensi. Lebih-lebih lagi bila saya mengumumkan orientasi seksual sebenar.”
Dedahkan selepas pengakuan tersebut ramai pihak yang menolak untuk bekerjasama dengannya. Malah dia akui tidak risau kerana masih ada pihak yang menyokongnya dalam bidang muzik.
Som Hein
Dilabel sebagai ulzzang (miliki wajah yang cukup cantik), Som Hein pernah menjadi trainee K-Pop idol di program Mnet Idol School dan terpaksa meninggalkan program itu disebabkan oleh masalah kesihatan.
Selepas debut pertama sebagai penyanyi solo, Som Hein mengaku dia adalah seorang biseksual dan telah berpisah dengan teman wanita.
Berdasarkan perkongsiannya, ada yang mengatakan ia adalah untuk menutup khabar angin bahawa Som Hein seorang pembuli di sekolah.
Kwon Do Woon
Penyanyi trot Korea, Kwon Do Woon mendedahkan dia mahu mewakili hak asasi golongan LGBTQ+. Akuinya dia mengetahui dia adalah seorang homoseksual pada usia 7 tahun.
Tak lama selepas itu, penyanyi trot ini mendedahkan dia mempunyai teman lelaki dan sangat berhati-hati dengan hubungannya. Malangnya selepas 2 minggu, mereka telah memutuskan hubungan.
Hong Seok Cheon
Menerusi temu bual Showterview With Jessi, Hong Seok Cheon mendedahkan dia sedar bahawa dia seorang homoseksual ketika sekolah rendah.
“Disebabkan oleh pengakuan yang dibuat pada tahun 2000, saya dilarang sama sekali untuk muncul di kaca televisyen.”
Pada usia 30 tahun, Hong Seok Cheon tampil mengaku akan orientasi seksualnya dan mengambil masa selama 3 tahun untuk kembali dalam dunia hiburan.
Ada yang terkejut tak dengan pengakuan selebriti Korea di atas?
The post OMG! 8 Selebriti Korea Ini Mengaku Suka Sesama Jenis, Tapi No.6 Lain Pula Alasannya appeared first on Wanista.com.